Saturday, May 28, 2011

Tulang yang hancur



Sambil rehat-rehat di hari sabtu ini, saya membelek sebuah buku kesayangan saya iaitu "Biografi Muhammad bin Abdullah" -perjalanan hidup seorang nabi. hasil karya Dr Zulkifli Mohd Yusof, sesiapa yang berminat nak beli buku ni saya rasa masih ada di MPH, tapi versi 2011, cover jer tukar isi tetap sama. harga RM38.00 promosi sikit, tak salah rasanya promo perkara yang baik kan kan...huhu

Buku ini mengisahkan sejarah hidup junjungan besar kita nabi Muhammad SAW sebelum kelahiran baginda sehinggalah kepada wafatnya baginda. Saya petik satu kisah dalam buku ini untuk kita berkongsi sedikit pengetahuan. Kisah ini nak mengambarkan bagaimana orang Quraisy bertubi-tubi menyerang Rasulullah dan tidak mempercayai ajaran yang dibawa oleh baginda.

Pada suatu hari, Ubay bin Khalaf  datang bertemu bertemu nabi Muhammad SAW dengan membawa tulang yang sudah reput, dia memecah belahkan tulang itu dan dihancurkan menjadi serbuk lalu Ubay tadi menyimbahkan serbuk tulang tadi pada muka nabi Muhammad SAW..cuba kita bayangkan kawan-kawan kalau kita ditempat  Nabi Muhammad SAW. subhanallah.. lalu Ubay tadi berkata " kamu Muhammad yang mengatakan Allah akan hidupkan kami dari habuk tulang ini? siapa yang dapat menghidupkan kita dari habuk tulang ini? "

Maka turunlah ayat ini bagi menjawab soalan Ubay itu. Surah Yasin ayat 78-79. yang bermaksud " serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada kami tentang kekuasaan itu dan dia pula melupakan keadaan kami menciptakannya sambil dia bertanya " siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?. katakanlah " tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh tuhan yang telah menciptakan pada awal wujudnya ; dan dia maha mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluknya yang diciptakannya"

Yang menghidupkan tulang ini kali pertama, dialah yang akan menghidupkanna semula inilah jawapan Allah kepada Ubay yang mencabar nabi Muhammad SAW. Mungkin jawapan ini juga untuk kita, jika  kita masih ragu-ragu dengan kekuasaan allah.

Hari ini kita dah tahu sebab musabab turunnya ayat  78-79 surah Yasin,  berdasarkan peristiwa tersebut. Saya bukanlah ustaz tapi sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang saya perolehi dari buku yang saya nyatakan di atas. Insyaallah saya akan sampaikan beberapa kisah lagi pada entry yang akan datang...terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca.

7 comments:

adwafarahin said...

time kasih ats perkongsian pasal buku nie :)

ArulchelseA said...

tq bro..utk info ni...

Jiejah Gorjes said...

masa kecik2 dulu ske lepak kt library dok susun buku segala kisah para nabi (tamak mcm bleh abis semua buku)asal time rehat jer g sana susun semua buku dari kisah nabi adam - nabi muhamad complete baru bleh bace...huhuhu tetiber dpt idea nk update plak hehehehe zasss

Aimi dan Pakcik Hashim said...

ada duit lebih blh beli ni

cik azeya said...

saye jarang bace kisah2 macam ni... thanks share. :)

kotak bulat said...

share lagi tau nanti.. nak beli tak de duit.. jd leh dtg sini je..hehhe :)

liyana said...

hmm..btul2..thanks for share..
betapa agungnya kuasa Allah