Saturday, May 28, 2011

Sikap toleransi Rasullullah SAW



Dari buku  "Biografi Muhammad bin Abdullah" -perjalanan hidup seorang nabi. hasil karya Dr Zulkifli Mohd Yusof, sesiapa yang berminat nak beli buku ni saya rasa masih ada di MPH, tapi versi 2011, cover jer tukar isi tetap sama. harga RM38.00 promosi sikit, tak salah rasanya promo perkara yang baik kan kan...huhu (copy ayat entry sebelumnya..huhu)

Malam ni nak kongsi cerita tentang sikap toleransi rasulullah dalam  perang Badar (2H-5H) / 624 M - 626 M . Pembaca nak tahu tak mengapa diletakkan Masehi, kalau tak silap saya ia diambil sempena kelahiran nabi Isa yang dikenali dengan al maseh. oleh orang  - orang kristian.

Ok!! berbalik kepada perang Badar tadi, sebelum peperangan berlaku nabi Muhammad SAW dan sahabat paling rapat baginda Abu Bakar  keluar mencari maklumat. Akhirnya mereka mendapat maklumat orang bukan islam sudah berada di Al-Udwatul Quswa iaitu tempat yang terletak di sebelah selatan Badar. lantas nabi muhammad mengarahkan tentera islam bergerak ke arah Badar.

Apabila melepasi Al- Udwatil Dunya iaitu tempat di sebelah utara, nabi Muhammad SAW berhenti berkhemah di situ kemudian Khabab bin Munzir datang berjumpa baginda Khabab adalah pakar strategi peperangan dikalangan para sahabat baginda. "wahai pesuruh Allah, adakah tempat ini pilihan wahyu daripada tuhan ataupun atas dasar strategi perang?" nabi Muhammad SAW berkata ' ini strategi perang."

Lantas Khabab meminta izin memberi cadangan, Khabab berkata " Lebih baik kalau kita bergerak ke depan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik selepas itu kita timbus telaga- telaga yang lain. dengan itu orang bukan islam tidak akan mendapat bekalan air". dan nabi Muhammad SAW bersetuju dengan cadangan tersebut. dan tentera islam berkhemah di tepi telaga Badar yang paling baik.

Apa yang nak saya kongsikan di sini sikap terbuka Rasulullah dalam menerima pendapat dan pandangan daripada orang lain, walaupun di saat paling getir untuk menentang musuh islam yang berjumlah hampir seribu orang pada ketika itu beliau masih boleh menerima pendapat orang lain walaupun kedudukan baginda sebagai utusan Allah. Oleh kerana itu walau siapapun kita, berlapang dadalah untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain yer...jangan nanti kita di cop bodoh sombong...jadikan Rasulullah sebagai contoh terbaik untuk kita semua...terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.

8 comments:

sue perbs.. said...

rasulullah pemimpin terunggul.. terima pendapat n nilai dngn baik..

Ratu Tak Cantik said...

sama-sama :)

No.1 gretest man..

Syuxer said...

yeah..baginda adalah tauladan yang terbaik untuk dicontohi..diala ketua yang paling perfect..terima pendapat orang lain..akan dapat respek dari orang itu..

bungaitucantik said...

yeahh~ agree wit RTC, rasulullah r the greatest man!

bungaitucantik said...

meh singgah cneh~ =.=
kisah si pengkritik

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Al-Ahzab: 21)

Ayie said...

Dia yang terbaik bro.. Tiada tandingannya..

liyana said...

thanks for share the story..
yup..btul

sungguh telah ada paa diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu org2 yg mengharap rhmat Allah dan kedatangan Hari Kiamat dan banyak mengingati Allah.
(Al-Ahzab:21)