Thursday, May 26, 2011

Selamat hari Ibu


Semasa sambutan hari ibu baru-baru ini, ramai yang menyambutnya, dan kebanyakan yang saya baca komentar daripada kawan-kawan "setiap hari adalah hari ibu" fuh hebat bunyinya...sejauh mana kebenarannya ??.. dalam sebulan berapa kali kita hubungi ibu kita ? dalam seminggu berapa kali kita hubungi ibu kita ? jadi betul ker "setiap hari adalah hari ibu?". Kalau yang masih tinggal bersama ibu bapa saya rasa tidak timbul masaalah ini.

Jadi pagi ini saya nak ajak kita semua berfikir dan merenung kembali apa yang kadang-kadang kita tidak sedar nikmat yang kita ada pada hari ini..Bagi saya nikmat yang paling besar ialah kedua-dua ibu bapa kita. Perkara yang kita tidak perasan ia merupakan satu nikmat allah ,bila kita ada ayah dan kita ada ibu. Apabila kedua-duanya tiada barulah kita perasan pentingnya mereka dalam hidup kita.

Apa dalam dunia ini kita tengok pun dah dapat pahala ? pertama tengok kaabah, kedua tengok al-quran dan ketiga tengok wajah ibu kita. Kalau kita tengok pun dah dapat pahala apatah lagi kalau kita peluk dan cium tangan ibu kita.  Senangnya dapat pahala kan!!, tetapi ada anak yang derhaka subhanallah. jom kita renung satu hadis rasullallah iaitu  dalam tiga jenis manusia yang tidak akan masuk syurga, pertamanya adalah anak derhaka, peminum arak dan pemutus silaturrahim.

Sememangnya lumrah manusia pada hari ini, kurang menghargai sesuatu yang berada di depan mata,  kalau sedang bercinta, kadang-kadang kurang menghargai kekasih yang berada di sisi, yang berkahwin akan kurang penghargaannya kepada isteri atau suami yang berada di sisi...apabila sudah tiada barulah terasa akan kepentingannya.

Hidup ini sebenarnya sunyi .......

7 comments:

ZIPPO MILLER said...

nice one Bro...like it

Unknown said...

klo hari mak biler? hari2 ea? hehe =.=

Addin said...

tiada apa yang boleh ganti kedua ibu bapa kita :)

Ernie Tomo said...
This comment has been removed by the author.
Ernie Tomo said...

hargai mereka selagi mereka masih ada :)

arituarini said...

stuju bro..
ibu nak dapt pngharaan dalam blog2..tunggu la hari ibu balik..

Sunah Sakura said...

hargai insan di sisi selagi mereka masih ada...