Tuesday, May 3, 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)..xder stok pulak.


Memandangkan majoriti kawan-kawan blog adalah mereka yang masih student dan akan bergraduan tidak lama lagi, saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan berkenaan skim yang telah Kerajaan lancarkan dua bulan yang lalu...Skim Rumah Pertamaku. (SRP)

Skim ini memberi peluang kepada golongan muda yang berpendapatan kurang dari RM3k sebulan untuk memiliki rumah. Melalui skim ini peminjam menikmati pinjaman 100% tanpa perlu membayar wang pendahuluan atau deposit dalam urusan membeli sesebuah rumah.  skim ini antara lain membolehkan pinjaman100% bagi rumah yang berharga antara RM100K  hingga RM220K dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun. dan umur yang layak untuk memohon mestilah berumur 35 tahun ke bawah.

Setiap dari kawan-kawan selepas ni akan bergraduat dan hala tuju selepas ni mungkin akan mencari kerja, perkara utama yang akan difikirkan mestilah untuk membeli sebuah kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke tempat kerja...selepas lima atau tujuh tahun bekerja semestinya target adalah untuk memiliki sebuah rumah, jadi semalam dalam Buletin Utama fokus fasal skim ini dalam segmen hartanah.

Apa yang tak sedap didengar ialah kekurangan rumah di bawah RM220K di kawasan Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Penang. Jadi kepada mereka yang bekerja disekitarnya berita ini agak tidak sedap didengar susahla nak join skim ni...kene cari rumah area hujung-hujung negeri Selangor, cam Sepang, Rawang dan dan kawasan sewaktu dengannya.

Oleh itu, kerajaan sepatutnya menjalinkan kerjasama yang erat bersama pihak pemaju dalam menyelesaikan masalah ini.oleh kerana itu, kepada mereka yang akan bergraduat dan bekerja...carilah kerja di luar kawasan ini...huhu

6 comments:

Ayie said...

Pengalaman aku keje dalam construction line nih, susah kalau nak mintak kontraktor kawtim dgn kerajaan.. Banyak hanky panky.. Sebagai contoh, harga rumah sepatutnya rm100 ribu, tapi terpaksa dinaikkan disebabkan kontraktor tak buat ikut spec.. Bila tak ikut spec, banyak pembaikan perlu dibuat, jadi pemilik terpaksa naikkan harga demi runningkan semula modal.. susah nak dapat kontraktor bagus sekarang nih.. semua amalkan ''penipuan''..

Warna Warni Kehidupan said...

PKNS ngan SPNB ada banyak gak rumah bole beli ikut skim nih..kalau cari banglo harga bwa 220K memang tak dape la den nak nolong

harrazdani said...

ayie : kalau tak tipu mcm mana nak untung dunia sekarang ni..susah2
WWK : rumah PKNS dan SPNB ni murah, tapi al maklumlah barang murah ni, kualitinya banyak orang pertikai.

Pembawa_Wacana said...

target dalam 5 thn lagi nak beli... harap skim ni ade lagi la mase tu....

harrazdani said...

PW : insyaalah skim ni masih ada dan mungkin akan ditambah baik lg...dipermudahkan dari segi proses permohonan dan dinaikkan had harga utk rumah2 di Lembah Kelang...tp mcm menggalakkan golongan muda berhutang plak.:-)

nik rosmawati said...

nak buat skim ni kena la buat btol2.skim dah ok cuma rumah lak tak byk pilihan.