Monday, May 30, 2011

tips ilmiah untuk bloger...




Tajuk mesti gempak.huhu Hari ini saya nak berkongsi lagi tentang buku ini "Biografi Muhammad bin Abdullah" -perjalanan hidup seorang nabi. hasil karya Dr Zulkifli Mohd Yusof. Saya nak buat sedikit review untuk kita berkongsi serba sedikit pengajaran yang boleh kita ambil dari buku tersebut.

Kisah petang ni ialah, peristiwa Perang Uhud, iaitu satu peperangan yang sangat getir bagi umat islam, dalam peperangan Uhud saidina Hamzah bapa saudara nabi telah terkorban dan beberapa orang sahabat baginda syahid bersama 70 orang islam yang lain. Dalam peperangan itu nabi Muhammad SAW mengalami kecederaan di kepala dan patah giginya..mengapa keadaan ini berlaku ? jawapannya sikap tamak kumpulan pemanah di atas Bukit Rummah.yang turun sekaligus melanggar arahan Rasulullah SAW.

Kalau kita membaca kisah perang Uhud ini sesiapa sahaja akan sebak, bukan kerana angka yang syahid tetapi betapa istiqomahnya para sahabat dan pejuang-pejuang islam ketika itu mempertahankan kesucian agama islam dan nabi Muhammad SAW. Contohnya apa yang  terjadi kepada Mus'ab pejuang yang dipertanggungjawabkan untuk membawa bendera di pihak tentera islam. kedua-dua tangan beliau dipenggal  oleh pihak musuh semata-mata ingin mempertahankan bendera di pihak islam. subhanallah.

Pada ketika Anas bin Nadr melihat bendera islam telah tumbang, Anas bin Nadr berlari merempuh tentera bukan islam sambil menyebut kepada Saad bin Muaz seorang lagi sahabat ketika itu, dia sudah mencium bau syurga. Akhirnya dia syahid dalam keadaan tubuhnya penuh dengan tikaman senjata tidak kurang daripada 83 tikaman...cuba bayangkan bagaimana hebatnya Anas ini mempertahankan islam. Saad bin Muaz memberitahu  nabi Muhammad SAW " wahai pesuruh allah aku melihat bagaimana Anas menghadapi tentera bukan islam. Aku sendiri tidak mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Anas."

Kesimpulannya, peristiwa perang uhud ini akan menjadi pengajaran kepada kita umat islam sepanjang zaman, dimana kita dalam kehidupan seharian janganlah terlalu gelojoh atau tamak dalam mengejar harta dan bersifat kebendaan. Tepuk dada tanya iman, bukan tepuk dada tanya selera..Setiap kejadian yang berlaku adalah ketentuan allah dan kita sebagai umat islam wajib berfikir apakah hikmah disebaliknya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca..

p/s pesanan untuk diri sendiri yang selalu lalai.


7 comments:

Anonymous said...

saling ingat mengingati :)

p/s: emel sy dah dpt?

Fahmi Jaafar said...

ya ALLAH kite skang ni kalo terkene guris ngan pisau cket je kt dapor dah menjerit x tentu hala.. :(

Anonymous said...

banyak yg berlaku zaman skang ni mcm tu gak.

hampir lg nak berjaya dengan usaha keras... tp mata dikabur dengan kejayaan singkat tp tipu daya

Green Apple said...

pejuang Islam sejati...

jokergurl said...

tq ingat mengingati....from
http://www.jokegurl.blogspot.com/

.drakula. said...

tabah dan sabar...

~Sal Ismail~ said...

Pejuang Islam terdahulu tiada tolok bandingnya..iktibar utk kita semua~