Friday, May 27, 2011

tips untuk blogger di hari jumaat #2



Pagi tadi entry sebelum Jumaat kita berbicara berkenaan pesanan Rasullullah SAW berkaitan bagaimana untuk kita seorang muslim menjadi seorang insan yang hebat terutamanya dalam soal ibadah, iaitu "dalam soal agama kita perlu lihat mereka yang lebih tinggi daripada kita" manakala satu golongan lagi untuk jadi insan yang hebat dari segi tahap kesabaran dan kesyukurannya "apabila dalam soal dunia kita meilhat orang yang lebih rendah daripada kita". Insyaallah kita akan jadi insan yang bersyukur dan mempunyai jati diri dan semangat yang kuat untuk mengharungi hidup ini yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

untuk memudahkan kita memahami tentang "apabila dalam soal dunia kita melihat orang yang lebih rendah daripada kita" saya buatkan dalam bentuk dialog : huhu

senario satu
aminah : "abg hussin !! saya dah boring laaa naik kete kancil 660 ni, malu laaa..tukar la vios ker..alphard ker.."
hussin  : syukur laaa ni minah, sekurang-kurannya kita ada kereta cuba tengok pak mail dan mak munah tu naik motor jer..."

senario dua
mak munah : abg mail !!! beli laaa kete dah tak tahan berhujan berpanas ni...asyik naik motor buruk ni jerrr...malu laa!!!
pak mail     : syukulah ni munah weiii....kite ni kira ok laaa...tgk pak busu dan mak esah tu ..jalan kaki jer, ke hulu ke hilir...rilek!!! jer...

Dah faham kan...walau apa pun untuk kita lebih bersyukur kadang-kadang kita perlu melihat apa yang kita ada, menurut Hamka "yang kita ada ini harapan kita"...tak salah kita mengejar benda yang tidak ada tetapi ingatlah dan hargailah sesuatu yang kita telah ada..insyaalah jika kita melihat perkara yang kita telah miliki dan melihat kepada mereka yang di bawah..insyaallah hati kita akan sentiasa tenang dan bersyukur...terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan yang tak seberapa ini.

9 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

brsyukur dgn apa yg ader..

ader rezeki,leh tmbh yg laen..

=)

shiema sufian said...

bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan :)

ArulchelseA said...

"ukuran baju badan sendiri..
kita tepuk dada ini.."

kokser kokdam said...

aku tpikir lak ape dialog pak busu ngan mak esah tu.. hehe

nice tazkirah bro.. kongsi modal ek.. wat tazkirah utk budak2.. =D

kotak bulat said...

bersyukur nikmat yang kita dapt.. jangan merungut je.. xbaik..

adwafarahin said...

nie la antar manusia2 yg x bersyukur

moga tuhan jauhkan la dri adwa dr menjadi org yg x bersyukur nie

udin said...

bersyukur dgn apa yg kita ada.. jgn bandingkan dgn org yg lebih senang dari kita.. sebaliknya badingkan dgn org yg lagi susah dari kita.. nice entry.. :)

Bui Idzra Ryn said...

sbb itulah sy sgt suka kata-kata pujangga

>>jika tak dpt apa yg kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dpt dan bersyukurlah dgn apa yg ada<<

cik azeya said...

setakat ni, saye bersyukur dengan apa yang ada. insyaAllah sampai bila bila pun saya tetap akan bersyukur..