Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan, hari ini merupakan hari jumaat terakhir untuk bulan Mei dan jumaat depan dah masuk bulan Jun, apabila masuk je bulan Jun ramai antara kita yang akan review balik apa yang telah kita capai sepanjang tahun 2011 ini. Apakah azam 2011 kita telah tecapai paling tidak pun 40 peratus, kerana markah penuhnya 50 peratus. Namun ada mereka yang mungkin telah mencapai ke tahap seratus peratus tahniah diucapkan. Dalam kita sibuk mengejar pelbagai jenis azam yang kita rancang, mungkin salah satunya ingin menjadi insan yang lebih cemerlang dan baik dalam hubungan dengan yang maha berkuasa.
walau apapun yang kita telah capai atau dalam usaha untuk mencapainya bagi saya kita sebagai umat islam perlu berpegang kepada kata-kata Rasulullah SAW ini, terdapat dua golongan manusia yang hebat iaitu pertamanya dalam bab hal agama mereka akan melihat orang yang lebih tinggi daripadanya. apa maksudnya? saya buat satu dialog kat bawah ini untuk lebih kita memahaminya.
ali : abu dalam seminggu berapa kali ko pergi masjid?
abu : errr...sekali jer seminggu, sembahyang jumaat..tapi kira okla kalau nak dibandingkan ngan Leman tu, setahun sekali baru nampak di masjid, sembahyang raya.
Nampak tak maksud dialog di atas dan kaitannya dengan pesanan rasulullah tadi. dalam hal agama kalau kita nak jadi orang yang hebat perlu melihat orang yang lebih baik dan tinggi ibadatnya daripada kita macam dialog kat bawah ni.
ali : abu dalam seminggu berapa kali ko pergi masjid ?
abu : err sekali jer...tapi aku teringin nak jadi macam ko, tiap2 kali waktu solat ada je kat masjid ni...
Moralnya bukan berkaitan pergi masjid jer, saya khususkan perkara itu untuk kita semua mudah faham, sememangnya perbuatan baik ni terlalu luas, iaitu setiap perbuatan kita dari celik jer mata di waktu pagi sehinggalah tutup mata pada malamnya, semuanya ada kaitan dengan ibadah untuk NYA. Dalam kita mengejar azam dan cita-cita khususnya dalam menambahkan ketakwaan kita pada allah...perlu melihat orang yang lebih baik daripada kita. jika sebaliknya, kita akan kekal ditakuk lama atau semakin ketinggalan dalam mengejar keredhaanNYA...satu lagi golongan akan bersambung next entry.:-) terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca.
6 comments:
nice entry..
thanks..
hmm..setiap kebaikan itu adalah ibadahkn..
27kali ganda itu besar2 sgt2 kelebihannya.. :)
ni kira macam
A : kenapa kau tak pakai tudung hah?
B : ala, aku tak bertudung pun aku solat. tak macam si cikTon tu. harap bertudung aje. harem solatnya..
dia macam membanding . dia tau dia salah , tapi nak babitkan orang lain jugak ..
stuju bro...info yg berguna..
ku nk buat dialog ni tk brpa reti lg..kih kih kih kih
muhasabah diri sekejap =.=''
nice entry.. :)
Post a Comment