gambar sekadar hiasan dari en google.
Dua tiga hari lepas ada cadangan menubuhkan kelab isteri taat bagus ke? cadangan tersebut adalah idea daripada Global Ikhwan sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pengikut al-arqam. Pendapat saya penubuhan kelab tersebut sangat baik dan murni tujuannnya kerana aktiviti pengisian kelab tersebut sudah semestinya menjurus kepada pembentukan keperibadian dan ilmu pengetahuan kepada seorang isteri agar menjadi isteri yang solehah. Antara lain objektif penubuhan kelab tersebut agar dapat menjadikan seorang isteri itu lebih taat kepada suami dan sekaligus mengelakkan penceraian dan keganasan rumah tangga.
Walaubagaimanapun dalam isu penceraian dan keganasan rumah tangga bagi saya kebarangkalian yang disebabkan faktor isteri adalah kurang berbanding faktor kecurangan di pihak suami. Jadi apa kata kelab menghargai isteri pula dicadangkan khusus kepada para lelaki yang bergelar suami agar lebih menghargai isteri yang setia bersusah payah bersama membina keluarga. Seorang suami jika tahu menghargai seseorang isteri insyaallah sebuah keluarga yang bahagia akan dapat diwujudkan dan secara aotumatiknya dapat menjadikan seseorang isteri itu taat pada suaminya.
Tidak dinafikan dalam islam isteri amat dituntut mentaati suami, akan tetapi bukan secara membabi buta kerana dalam undang-undang islam ada hak-hak seorang isteri yang perlu ditegakkan dan boleh dituntut, akan tetapi ramai antara mereka yang tidak mengetahuinya.
Kelab isteri taat ini bagus tetapi pengisiannya hendaklah juga diberi penekanan kepada ilmu berkaitan hak-hak seorang isteri dan tahap keterbatasan seorang suami dalam mengemudi sesebuah bahtera rumah tangga agar ianya sentiasa selari dengan kehendak islam yang syumul, dan jika kelab ini menjadi kenyataan, jangan lupa cadangan saya tentang kelab menghargai isteri tadi yer.;-)
6 comments:
elok jugak buat kelab nih..nnt mane tao kes2 cerai dpt kurangkan ke kan..huhu
betul tu.isteri sentiasa sayang dan taat dengan suami..ce tanya saya..hu hu
kena buat kelab Isteri Taat, Suami Bertanggungjawab lah. dua2 kena ajar sekali
kes penceraian meningkat sb kurgnya sifat menghargai pasangan. mungkin dengan cara ni, dapt mngurangkan kes penceraian kan..
suami & isteri sepatutnya sama sama berusaha menjaga keamanan rumah tangga. cuba selesaikan masalah sebaik mungkin & jgn jadikan penceraian sebagai jalan penyelesaian.
ok bah..apa apa yang membawa kebaikan ia perlu diteruskan.. :D
Post a Comment