Tuesday, June 21, 2011

monopoli boleh membunuh?


Astro pada Isnin lepas mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Minggu lepas dah kecoh di parlimen pasal perkara ni..Bagi saya isu kenaikan caj tersebut bukan isu pokok. Yang menjadi isu dan pokoknya ialah kebolehupayaan pelanggan membayar caj tersebut dengan kata lain kuasa membayar pengguna terhadap perkhidmatan tersebut. Kalau cajnya naik RM 50.00 sekalipun jika kuasa bayar pengguna adalah tinggi jadi bagi saya tidak timbul sebarang masalah dan ia merupakan harga yang adil.

Yang timbulnya masalah sekarang ini ialah, caj cuba dinaikkan tetapi kuasa membayar pelanggan semakin terhakis dan amat meruncingkan disokong pula oleh tekanan kos sara hidup yang semakin menekan. Mengapa perkara ini berlaku ???????? di mana pihak yang  berkenaan bebas membuat keputusan berkaitan penetapan caj. Jawapannya ialah,  adanya kuasa monopoli. dalam sektor penyiaran  dan siapa yang membenarkan monopoli ini berlaku...sama-samalah kita renungkan kerana monopoli ini boleh membunuh kepada persaingan.

p/s saya kalau dah diluar musim BPL ni takde Astro pun tidak mengapa...

15 comments:

Unknown said...

biaselah bro..mereka berkuasa..mereka boleh lakukan apa shje...

NARDtheNERD said...

dengarnya astro dah umumkan baru baru ini keuntungan mereka bagi tahun lepas adalah 831 juta (sila check balik angka ni, im not so sure).

tak cukup lagi kahh astro?. :)
dah la hujan lebat xde siaran. please la. :)

syuxer said...

emm kalau BPL neh tak wujud..astro tuh aku x pandang dah bro huhu..malangya 2 bulan je BPL rehat huhu..

syuxer said...

eh nak tambah sikit..astro neh dahla untung banyak dah n monopoli lagi..pe lagi dorang nak??nak bagi rakyat mampus?

Unknown said...

Betul tu..aku sokong kamu bro!...monopoli juga menyebabkan pengguna tiada kuasa memilih....

tapi aku baca kenyataan dari ASTRO mengatakan bahawa ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.
Jadi yang melanggan pakej2 lain mungkin akan ada peningkatan harga...

Selamat...sebab aku langgan Pakej Famili sahaja...

Apapun aku tak sokong monopoli pasaran keran ia hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja...

arituarini said...

sama la bro..pasal bola je ni..dah la gov. tex tmbah..nk naik lg...sakit jiwa aku..

Anonymous said...

ngaaa saye xrase lagi kot semua ni^^ tapi bile bace entry ni terus ade pengetahuan.hehe^^

kotak bulat said...

err.. kb tak campur sangat hal astro ni.. sebab takde astro.. tp entri ni menambh pengethuan kb psl hal berkaitan astro ni

Anonymous said...

tak sabo nak tgk bill, agak2 melantun terus anto surat u r fired!!!!

siyes dah fedup ngan astro nih byk guna taktik kotor nak kaut untung..dasar.. kap lam ya nga huh!!!!

Anonymous said...

astro ananda krishnan punya kan?
billionwan malaysia

nurshaf said...

pa maksud kuasa bayar pengguna? maksudnya golongan yang mampu membayar lebih tinggi yer?

caliph shuriken said...

ngarot astro ni, dh laa byk iklan kuar wktu layan citer, citer plak byk yg ulang2, huh...

latest en3: pemberian anda amat dihargai

harrazdani said...

cucu ummi ; setuju...monopoli membentuk kuasa...

nard ; keuntungan itulah yg menyebabkan mereka makin berkuasa...

syuxer ; tanpa BPL siapalah astro dimata kita..betul tu bro

khairil : memang monopoli tak bagus...kurang persaingan akan menyebabkan mereka lebih berkuasa, tgk TV siam pun ok...:)

arul : tanpa BPL astro tidak bermakna utk kita bro...;)

el _ janna dan KB ; sama-sama berkongsi pandangan..terima kasih

JG ; mari belajar tulisan jawi,,, kap lam yaaa nga...a.k.a india.hahah

rozam : yup betul.

fiq : kuasa membayar sama juga seperti kuasa beli pengguna...

caliph ; tapi menteri jawab dalam parlimen astro paling minimum kuarkan iklan kormesil syarikat lain..hanya iklan pasal rancangannya sahaja...mcm2 alasan.

kokser kokdam said...

Stuju la sgt2.. Sbb astro la satu2 jalan utk tgk bpl.. Arap ko demo la buka syarikat lain, lwn astro... Kawe patner xpo... Hahahaha

Abu Bagi said...

ha betul la..mentang2 la diorang je yg blh menyediakan perhikmatan mcm tu..
siapa yg benarkan monopoli berlaku..mari kita pikirkan..:)