Friday, June 3, 2011

nilai follower dari sudut pandang Harrazdani




Entry ini dibuat sempena menyambut follower yang ke 300 di blog Harrazdani...terima kasih kepada abgteror seorang bloger otai tetapi sangat friendly dan tidak segan silu mengunjungi blog baru seperti Harrazdani headernya pun unik. Dengan bertambahnya jumlah follower di harap dapat memeriahkan lagi blog ini pada masa yang akan datang...tetapi timbul persoalan adakah sambutan terhadap setiap entry menyamai dengan jumlah follower yang terdapat di sesebuah blog itu kalau tidak menyamai pun kalau dapat mencecah 20% peratus pun dah kira ok, mungkin kualiti entry dan tajuk tidak menarik minat follower untuk membacanya betul tak, tetapi?



Walaupun sesebuah blog itu mempunyai follower yang ramai  berapa peratuskah follower kita akan  kembali ke blog kita  membaca entry yang kita post?  jawapan saya tak sampai pun 5%, secara logiknya mungkin kerana tidak semua follower yang online semasa sesebuah entry itu di postkan, tetapi adakah angka  5% tersebut berbaloi dengan jumlah follower yang ada. ini bermakna jika kita ada 1000 follower yang akan datang secara automatik selepas melihat new entry terpampang di dashboard hanya 50 orang itupun kebiasaannya di bawah paras itu, jadi kalau bloger yang followernya hanya 300 agak-agak berapa orang yang akan datang singgah membaca entry di blog tersebut. kesimpulannya adakah follower itu benar-benar follow atau sebaliknya dan penting sangat ke follower yang ramai ?

Bagi saya follower yang ramai sangat penting, jumlah follower di sesebuah blog akan mengambarkan nilai  blog tersebut, itu mungkin anggapan pertama jika kita singgah di sesebuah blog. kebiasaannya mereka yang berkunjung ke blog kita akan melihat apakah isi kandungan blog tersebut dan yang kedua akan melihat jumlah followernya. jika jumlah followernya ramai tetapi komen yang ditinggalkan disetiap entry sedikit dan jumlah trafik yang masuk juga tidak banyak, maka apakah maknanya follower tersebut, mungkin ada yang tidak kena atau bloger tersebut mengamalkan tag line tersebut "i follow u, u follow me back" ada positif dan negatifnya tag line ni, yang negatifnya orang akan anggap kita gila follower yang positifnya saya akan terangkan di bawah nanti...

Di Harrazdani walaupun komen di setiap entry tidak banyak tetapi aliran trafik alhamdulillah memberangsangkan. apa yang perlu saya buat ialah  perlu lebih banyak berblogwalking, kebiasaanya saya akan berblogwalking bermula dua atau tiga blog yang bagus track BWnya dan banyak kawan yang singgah disitu, secara tidak langsung saya akan dapat kawan-kawan bloger baru daripada shoutboxnya, tapi mintalah izin dahulu ya...

Kebiasaan yang akan datang ke blog saya adalah mereka yang setahap dengan saya, maksud saya mereka yang jumlah follower dan usia berbloging sama dengan saya. Mereka yang old timer a.k.a otai yang menjadi follower saya akan datang, tetapi perlu dijemput, yang dijemput pun ada juga yang tak datang.huhu sedihkan. oleh itu saya tak akan berkecil hati, saya jadikan itu sebagai  satu cabaran untuk memperbaiki kualiti entry agar lebih baik dan bermutu agar dapat memikat hati para bloger. Sebelum ini saya ada baca berkenaan tips untuk menarik pengunjung ke blog kita, salah satunya entry kena mantap, mantap dari segi isi dan corak penyampaian yang lebih santai.

Dalam dunia bloging ini dalam sedar atau tidak kita akan memperolehi beberapa follower yang akan menjadi pembaca atau pengunjung tetap blog kita. Mungkin hanya bermula dari tag line yang saya sebutkan di atas kita follow dia, tetapi rupa-rupanya dialah merupakan pengunjung tetap dan sentiasa komen di setiap entry yang kita buat. oleh tiu, saya tidak bersetuju jika ada sesetengah bloger menganggap tag line " i follow u, pls follow me back" adalah satu ungkapan yang tidak wajar, ini kerana melaluinya tidak mustahil kita akan mendapat pembaca tegar di blog kita. jangan kita sangka mereka-mereka ini gila follower pulak  bersangka baiklah dalam berbloging.

Hari ini jumlah follower Harrazdani sudah mencecah 303 sahabat dan ini bermakna jumlah blog yang saya follow juga hampir ke angka tersebut. ini kerana saya seboleh-bolehnya akan follow balik mereka yang sudi follow blog ini, dan mungkin ada yang terlepas pandang kerana tiada link di profile dan tidak meninggalkan jejak di shoutbox. Bagi saya mereka yang sudi follow blog ini umpama merupakan mereka yang menghulurkan tangan persahabatan dan perkenalan, dan jika saya tidak menyambutnya alangkah ruginya saya...kerana tindakan tersebut tidak susah dan tidak akan merugikan saya malahan mudah-mudahan memberi impak yang positif pada blog ini.

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi follow dan selalu berkunjung ke blog ini. Kunjungan kawan-kawan sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi kepada blog ini untuk terus maju dan dapat berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada.

14 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

same2 =)

bg sy,follower ramai mnjd stu bonus tp kalau yg dtg menyinggah balik,rasenya boleh dibilang kot..

sy tgk,ramai skg suka guna "follow saya dlu,pastu sy follow balik" ..aik,nak follow blog pon nak kena gtau ke..

diam2 udah..nanti ownernya leh nmpk sndiri..

btw,hppy2 berblogging dan selamat mnunaikan solat jumaat =)

Encik Suami said...

mmg betul.saya sokong.biarlah follower yg ada skrg nie tak ramai. bila tak ramai..senang kita nak igt, klu dh terlalu ramai..kita pun jadi keliru.
tapi..saya amalkan kunjungan balas. supaya tuan punya blog still igt kita.

jemput terjah new entry

1) (>.<) Rindu Pada Uols (>.<)

kotak bulat said...

dah 300+.. tahniah.!
blog yg menarik, ialah blog yg dpt tarik kita dtg lagi kt blog tu kan..
blog ni memg best pun! *bukan bodek tau*

Unknown said...

saya berpendapat follower tu mmg memainkan peranan yg penting dlm blog..sebab firstly mmg org akan tengok jumlah follower dulu then baru tengok entry..kalau follower nyer ramai,secara otomatik kita akan beranggapan bhw blog itu bgs..kalau tak bgs,org tak kan follow..tak kisahlah i follow u,u follow me ker..asalkan org dh singgah blog kita pun dh ok..sekurang2 kita tau nahawa org tahu kewujudan blog kita..

pehhh..first time komen pjg2 camni..hehehe..jgn marah yer tuan rmh..

harrazdani said...

kpd nusha, en suami, KB dan idzra : terima kasih atas respond yg diberi diharap dengan kehadiran anda akan lebih memeriahkan blog harrazdani.

Anonymous said...

aku x pernah sampai 1000 follower
asal dah banyak tetiba aku stop ganti blog

haha

Azzah said...

saya setuju yang mesti mantapkan entry dulu..kalau tak malu je nak jemput orang kan..siang tadi dah baca entry ni sebenarnya..he..he..serius saya baca lagi..

Wanie said...

follower ramai 2 penting,
tp kalau ramai sangat pun susah gak..
kite kena buat entry yg 'mantap2',
so that rmai la yg follow 2 datang bace entry kite..

stuju sangat x sampai 5% yg datang balik lepas follow..huhu

congrates ya dah 300..
baru lagi dah ramai follower..
kire hebat la..
entry pun best2 :)

Bayu Loveville said...

tahniah dgn jumlah follower yg membanggakan :)

kami juga adalah salah seorang follower awak..why kami?sbb acc ini kpunyaan bersama 2 insan.

actually kami interested become follower awak disebabkan kami ada masuk satu site mgenai ciri2 sebuah blog yg bagus dan site itu telah provide link pada blog awak yang mana blog awak adalah antara blog yg bagus layoutnya, tak tlalu complicated dan loading time pn bagus (maaf ya kami lupa address site itu).

entry awak pn sgt bagus bg kami. keep up the good work bro!salam ukhuwah juga :)

Addin said...

wahh tahniah ! :)

ramai folloer keep it up .

Addin said...

wahh tahniah ! :)

ramai folloer keep it up .

Addin said...

wahh tahniah ! :)

ramai folloer keep it up .

Abu Bagi said...

aku sngt bersetuju dgn pendapat en dani kat atas tu.. ramai follower tak semestinya semau tu akan dtng dan baca entry kita.. peratus dia amat rendah, unless entry kita tu betul betul menarik minat pembaca..:D

Ratu Tak Cantik said...

SALAM..OH MY..terasanya bab "menganggap tag line i follow you u follow me tu x wajar"
almaklumlah..x suke follow blog org yg tulisnya bukan-bukan..kalo ada isi bagus x kesah nak follow pun :) sebelum ni blog lama pun smpai 200 follower, tapi setiap entry nk dapat 1 komen pun susah..tp salah ratu jugak kot
anyway..u brought up nice point regarding "menghulurkan tgn persahabtan" :)