Wednesday, June 15, 2011

"Ulangtahun ke-3 NUSHA"


nak join klik SINI

Dah lama tak join contest, kali ini nak join contest yang dikelolakan...fuhh ayat JKKK..haha oleh Nusha sempena ulang tahun perhubungan beliau dengan kawan baiknya a.k.a boyfriend. Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada mereka berdua kerana berjaya mengekalkan perhubungan selama tiga tahun, lama jugak tu kalau baby dah boleh berlari..pesanan saya agar sentiasa positif dan bertolak ansur dalam perhubungan kerana sikap tersebut merupakan faktor paling penting dalam menentukan atau pemangkin ke arah suatu perhubungan yang bahagia dan saling menyayangi.

Dalam sesuatu perhubungan tidak dinafikan ada pasang surutnya, terserahlah kepada kita samada mengambilnya sebagai satu cabaran untuk lebih mematangkan perhubungan atau sebaliknya yang akhirnya kadang kala boleh menggugat dan menghancurkan sesuatu perhubungan. Harapan saya pada Nusha agar sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi setiap permasalahan yang mendatang dan sentiasa mengimbas kembali saat-saat manis bersamanya di saat duka, sehingga kita percaya kita tidak boleh hidup tanpanya...fuhhh gila power ayat ni..hahah..kipidap Nusha tahniah sekali lagi dari harrazdani.

P/S  nukilan berdasarkan pengalaman...;) saya nak tag bro arul.


4 comments:

ArulchelseA said...

cuak aku bro...tq tag... akan diusehakan klau de masa...insyAllah..

BajinganCinta said...

wah...kata2 nasihat yg baik..:))


kalau sudi join contest di blog BC ini ok...:)
http://missgaban.blogspot.com/2011/06/my-best-angle-contest-dia-statik-tapi.html

tq...:)

NUR AIN AZMAN said...

slm prkenalan dr aen :)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

tq yer join.. =)

kata2 yg penuh makna tu..heheh..

n 110% stju!!!

so,nantikan je arni senarai penuh hadiah.. =)