gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kebiasaan bila online perasan angka follower dah meningkat dan saya sebolehnya akan blogwalking balik dan follow mereka yang sudi follow blog harrazdani, tetapi apa yang berlaku petang ini saya agak hairan daripada angka 356 sebelumnya menjadi 355, aik ? rupa-rupanya ada yang unfollowed blog ini...saya terus terfikir mengapa ye? saya namakan orang yang unfollow ini sebagai MR X. kadang-kadang dunia blog ni macam dunia politik pulak...ada yang melompat..kih kih kih.
Jawapan yang timbul dalam fikiran saya mungkin saya tidak follow blognya balik selepas beliau memfollow blog ini. Mungkin blog yang tiada link di profilenya semasa saya ingin follow balik. Kalau benar apa yang saya fikirkan saya memohon maaf kepada MR X, bukan kerana saya tidak mahu follow tetapi ada sebilangan kita tiada apa yang saya maksudkan di atas, yang ada cuma blog rakan-rakan lain yang beliau follow. lain kali untuk memudahkan orang lain follow blog kita, open link dan kalau boleh tinggallah jejak di shoutbox atau komen sepatah dua di entry itu lebih senang dan berkesan.
Yang kedua mungkin saya rasa blog ini pada pandangan MR X tidak menarik lagi dan kurang updatenya. mungkin kesilapan diri saya sendiri sehinggakan ada yang unfollow, saya jadikan ianya sebagai satu cabaran agar blog ini lebih menarik dan sentiasa segar agar tidak ada yang jemu dengan blog ini...mungkin sebelum ini dah ada yang unfollow tetapi saya tak perasan. ataupun mungkin mereka yang unfollow ini ingin menjadi silent reader mna kita tahu, betul tak, tapi kalau dah unfollow mana mungkin kita akan tahu entry terbaru pada sesuatu blog.huhuh.
Kepada yang masih follow harrazdani saya ucapkan ribuan terima kasih kerana walaupun tidak pernah singgah selepas follow blog ini tetapi impak pada jumlah follower sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada blog ini, dan kepada unfollow pun diucapkan terima kasih kerana dengan tindakan sedemikian akan menambahkan lagi semangat kepada Harrazdani agar sentiasa memperbaiki kekurangan dan kesilapan di blog ini.
P/S mungkin ada sebabnya orang unfollow blog kita jgn touching2 hahahah...
14 comments:
wahhh tajuk tu...igt kn balas entri sy huhuhu..suspen jer
terima kasih..
adatla dunia blog kan.. =)
selalu jd camni.. tp esok ada lagi.. heHe
hurmm.. Kb pun baru jd mcm ni semlam..
tetibe je ad sorang da unfollow.. :(
puas pikir knpa.. Kb pikir mcm yg awk tulis ni la.. kita serupa~
cuak aku bro..ingtkn dah jd konsesus bebas tadi..hehehe..
ayie xpasti dah follow ker blom blog nie but ad kt dashboard ayie..mean tht dh follow lh..hehe i hope so.. incya-Allah boleh berjaya lagi kelak nty..hehe
:)
hahaha..yeah..think positif..
kot2 mslah teknikal bkn ad yg unfollow kot..:)
terislap tekan unfollow tu~ :p
hehe..jngn touching2..tersilap tu (=
perkara biasa tu..aku pun dh beberapa kali kena..dh lali..huhu
haaa , aku dah jadik follower yang ke-357 :p
rileks .. memang macam ni dunia
macam2 jadi...follow la...unfolow la... erm!!
Post a Comment