Sunday, June 12, 2011

Final FA cup 2011 : tauladan untuk mengharungi sebuah kehidupan.



Tahniah kepada Terengganu yang berjaya menjulang piala FA, dan kepada pasukan Kelantan cuba lagi tahun depan, seingat saya kali pertama Kelantan ke final FA Cup pada tahun 2009 bertemu Selangor pun dikecewakan oleh gol disaat-saat akhir masa tambahan yang mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya dimenanangi oleh Selangor. Pada kali ini skripnya juga seakan sama tetapi kekalahan ditentukan dalam tempoh 30 minit masa tambahan. Sememangnya kesedihan dan keperitan yang akan ditanggung oleh seluruh penyokong Kelantan khususnya mereka yang terpaksa memulakan perjalanan pulang membelah Banjaran Titiwangsa untuk pulang ke Kelantan pada pagi ini, saya pasti dalam kepala setiap penyokong Kelantan pada ketika ini ialah mengapa gol penyamaan Terengganu itu boleh berlaku, dan yang semakin memeritkan lagi ialah gol tersebut terhasil dari jaringan sendiri pemain Kelantan.

Walau apapun yang berlaku, keputusan telah diperolehi dan penyokong Kelantan harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh semangat kesukanan, mungkin ada hikmahnya kekalahan ini untuk menjadikan pasukan bola sepak Kelantan lebih matang dan akan lebih cemerlang pada masa akan datang. Kesimpulannya apa yang saya rasa boleh dipelajari dari perlawanan ini ialah, sesuatu makanan dan minuman itu walaupun sudah kita genggam dan pegang dengan erat, selagi ianya belum disuap ke mulut kita dan ditelan ianya masih bukan rezeki kita...oleh itu jangan cepat kita berpuas hati dan alpha, kerana sikap itu kadang kala akan memakan diri kita dan mungkin akan menjadi igauan terburuk bagi diri dan keluarga kita.

P/S berhati-hati dijalanraya bagi kedua2 penyokong ...

ihklas dari kipas susah mati the red worrior....harrazdani, insyaalah ianya akan ditebus di final piala Malaysia.

12 comments:

kokser kokdam said...

Allah nk ajar kesabaran..

napok ore klate galok tlajok dek pon

Anonymous said...

kelantan kena cuba lagi!!sukar nk ckp liga super milik kelantan!! 2 game penentu siapa juara

Anonymous said...

daudsu terus popular kt FB huhuhu sian dia..mebi dia konfius jaring dia dah bertuko :)

Shahir said...

kecewo kecewo! :D

syuxer said...

leka pada minit2 terakhir..itulah padahnya..kalau nk lambat2kan permainan jadi men long pass..kesilapan pemain shakir kuar membuatkan tengah jadi kaku..apapun tahniah untuk team terengganu..

gomo kelate gomo

arituarini said...

sesaat bleh mngubah segalanya... ganu kite...kih kih kih kih

Anonymous said...

nasib ja x menyebelahi

Unknown said...

belom nasib kelantan lagi nak julan piala tersebut..incya-Allah next time dpt pergi final and memang..

Abu Bagi said...

tahniah terengganu..oyeh!!

Unknown said...

kalah dan menang adat perlawanan bolasepak ...dan bola itu memang bulat...macam-macam boleh berlaku...

Tahniah pada Terengganu...
Kelantan ada chance lagi dalam liga super...

Majulah Sukan Untuk Negara..

suha said...

yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ganu menang (^_^)

myzziema said...

walaupun TRW kalah, dorang still beraksi cemerlang. kalau tak, dorang mmg dah menang pun :)