Sunday, June 5, 2011

"usaha tanpa doa sombong, doa tanpa usaha bodoh"




Assalamualaikum dan salam sejahtera. sedar tak sedar kita dah masuk 3 Rejab 1432 H. dah tiga hari berlalu bulan Rejab. mungkin antara kita belum tahu tentang keistimewaan bulan ini atau dah tahu tapi buat-buat tak tahu. Kalau kita fikir-fikirkan balik betapa ruginnya kita, mengapa saya berkata demikian kerana mengikut Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah SAW, baginda bersabda :

" ada lima malam, tidak akan doa tertolak, malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Syaaban, malam Jumaat dan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha."

Dalam islam apabila masuk jer maghrib dah masuk hari yang baru, sebab tu kita dah boleh niat puasa sejurus selepas jatuhnya matahari 30 Syaaban, dan kita dah mula bersolat tarawikh. generasi sekarang mungkin lebih berfikiran untuk masuk hari yang baru hendaklah bermula selepas jam 12:01  malam, tak salah kita beranggapan sedemikian tetapi jangan dilupa tentang ilmu peredaran atau perubahan waktu secara islam yer. Berbalik pada hadis di atas,  mungkin pada masa itu kita berdoa selepas sembahyang maghrib atau isyak , alhamdulillah tetapi yang tidak berdoa alangkah ruginya kadang-kadang kita terus bangun apabila selesai solat, mungkin ada yang beranggapan tidak perlu berbuat demikian kerana berpegang kepada sesetengah pendapat, tetapi kita sebagai hamba yang hina ini, tak salah rasanya kita meluangkan sedikit masa untuk berdoa selepas solat.

Kawan saya pernah berkata "usaha tanpa doa sombong dan doa tanpa usaha bodoh" maknanya jika kita berusaha tetapi tidak berdoa yakni bertawakkal dan berserah pada Allah SWT, kita boleh dianggap sombong kepada Allah SWT  sikap sombong ini terbahagi kepada 3 iaitu sombong kepada Allah SWT, kedua sombong kepada Nabi Muhammad SAW dan sombong kepada sesama manusia. Oleh yang demikian saya beranggapan selesai sahaja solat jom kita berdoa, tiada ruginya kalau tidak diwaktu itu bila lagi, mungkin diwaktu makan sahajalah kita berdoa. ingat pesan ini yer "usaha tanpa doa sombong, doa tanpa usaha bodoh".....terima kasih kerana meluangkan sedikit masa membaca. banyak lagi kelebihan bulan ini terutamanya kita digalakkan berpuasa, insyaallah nanti boleh lagi kita berkongsi ya

P/S  Tadi pergi Tesco Kota Bharu, pertama kali saya mendengar azan berkemundang dengan kuat di pasaraya tersebut....teruja pun ada... suasana yang sangat unik...subhanallah.

6 comments:

Anonymous said...

berapa ramai antara kita yg sombong? huhu


itu hanya di KB

Anonymous said...

sy terkadang tersombong...terima kasih mengingatkan :)

BRO_MONDAY said...

harrazdani : thanks ingat kan...('',) thanks jugak, hadiah dari yu dah selamat sampai...

SELAMAT HARI ISNIN, JOM TERJAH SAMA²('',)
http://bit.ly/dapatKEYCHAIN

kokser kokdam said...

stuju dgn entry ni.. like!

Azzah said...

salam,ini link untuk awak http://sayurlemak.blogspot.com/2011/06/blog-kawan-kawan-yang-menjadi-pilihan.html

Encik Suami said...

Good entri.baguslah..mengingatkan mana yg patut.tajuknye pun dah mendorong kita nak singgah.

jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)