Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mulakan entry pada hari ini dengan sepotong hadis " manusia yang paling Allah benci adalah yang berkeras kepala dalam perbalahan".(riwayat al-Bukhari dan Muslim). Saya merenung panjang ke dalam kehidupan ini dan cuba bermuhasabah diri serta melihat tentang perjalanan masyarakat kita khusunya islam pada hari ini. Apa yang hampir kepada kita hari ini, jika dilihat dalam surat-surat khabar memainkan isu yang saya rasa amat tidak sesuai sekali dengan iklim negara kita yang berlatar belakangkan masyarakat majmuk. Mengapa ini terjadi ? jawapannya ada pada hadis di awal tersebut, masing-masing berkeras kepala dan ingin menegakkan benang yang basah, akulah yang terbaik dan pandai..orang lain tidak pandai dan bodoh, hanya aku sahaja yang boleh berkuasa orang lain tidak boleh.
Kalau kita perhatikan fenomena ini berlaku selepas tahun 2008 dimana pihak yang hilang kuasa berkeras kepala ingin membuktikan merekalah yang terbaik dan bersih dan pihak yang beroleh kuasa adalah tidak bagus dan korup. Sehingga memainkan sentimen-sentimen agama dan bangsa demi suvival politik dan kekuasaan mereka. Manakala yang baru berkuasa berbalah sesama sendiri, sekaligus menghampakan mereka yang memberi mandat tersebut. Perkara tersebut berterusan sehinggalah ke hari ini dan mungkin kemuncaknya beberapa hari lagi...Perhimpunan yang bagi saya pada awalnya adalah terkawal menjadi tidak aman dan terkawal lagi, yang dahulunya perhimpunan biasa untuk menyerahkan sekeping memorandum kepada yang dipertuan agong kini umpama medan perang yang amat merbahayakan keharmonian dan kestabilan negara....kerana apa !! kerana adanya mereka-mereka yang ingin mengaut keuntungan peribadi atas isu tersebut...siapa yang melaungkan perkataan perang, siapa yang melaungkan 'langkah mayat kami dulu" kalau bukan pihak yang satu lagi...pihak yang berkeras kepala dalam perbalahan dan berlebih-lebihan dalam persengketaan.
Kesimpulannya pada pendapat saya, apabila situasi sudah ke tahap ini, dan Agong pun telah mengeluarkan titahnya..marilah kita duduk semeja membincangkan perkara yang menjadi perselisihan selama ini, sesungguhnya kehidupan ini memerlukan keinsafan, bukan semua perselisihan dan perbalahan kemenangan mesti berpihak kepada kita. Kemenangan hakiki itu hanya berpihak kepada yang benar. Oleh kerana itulah insan-insan agong seperti Abu Bakar dan Umar memberikan ucapan yang seakan sama " jika aku benar bantulah aku" "dan jika aku menyeleweng perbetulkanlah aku". janganlah kita terus berkeras mempertahankan perbezaan dan mencaci mereka-mereka yang memperjuangkan perbezaan kerana dengan perbezaan itulah hidup kita ini lebih bermakna.
18 comments:
semakin lama, semakin berpecah rakyat malaysia ni..
mari sama2 hargai keamanan yang kita kecapi sekarang..
tak tau lah nak cakap mcm mane...tapi walau ape pon yang terjadi Harap Negara aman damai..itu lebih baik...
Bro, aku tidak berpihak kepada mana-mana pihak dalam isu ini...
itulah...semua yang sedang berlaku sekarang ni aku perhatikan seperti sedang menjurus kepada persamaan dengan apa yang hendak berlaku ketika terjadinya kisah tragedi hitam mei'69...
waktu itu asalnya perarakan biasa sahaja,utk menyambut kemenangan pilihanraya...tapi bertukar menjadi rusuhan kaum yang terburuk dlm sejarah...
Ambillah ia sebagai iktibar....
Masih ada lagi ruang dan jalan penyelesaian kepada isu dan tuntutan yang nak dibawa dlm tujuan perhimpunan ini...
Wallahu'alam...
jalan damai ada..jalan nk bersama2 pun ada..
masih ada cahaya untuk menyelesaikan kemelut tersebut..
hentikan segala kelucahan,permainan politik kotor,korupsi,kuatkuasakan undang2,jangan amalkan prinsip kaya terus kaya miskin terus miskin..InsyaAllah Malaysia akan aman dari kemelut sedemikian..:)
hmm..btul..
j=kne berunding dngn pnuh toleransi
aku plak nak kata apa?? Aku nak kata, yang kecoh2 bertikam lidah, lawan maki, kutuk mengutuk dan hina menghina cuma org bawahan saja.. Boss2 atau ketua2 depa pi mana?? Duduk dalam aircond, makan kacang, tengok tv dan tengok rakyat berpecah..!!
baik pihak kerajaan, baik pihak pembangkang.. Masing2 nk tunjuk teror.. bagi angteror sorang dah laa teror kan??
P/S : Kenyataan aku kat atas xde pro mana2 pihak kan??
Entahla..satu je yang orang nampak..apa jua keburukan,keganasan yang pernah dan sedang berlaku kat luar negara, makin lama makin banyak menerjah negara kita. Kadang2 sampai lana terbayang2, apa la akan jadi,kalau keganasan kat luar tu berlaku kat malaysia? tak senang duduk.
Then, macambiasa, yang membikin masalah selalunya org2 atasan, bila bercakap bla bla bla bla, bukan main lagi.. tapi yang bertindak?orang bawah, dan mangsanya sah2 la banyak orang bawah.. kadang2 sebagai rakyat malaysia yang biasa2 cam kita ni, selalu sangat jadi mangsa keadaan.. ye la, takda kuasa la katakan..
betul.masing2 berpecah bila hal2 dibincangkan berkaitan ngan politik :( kenapa sbb politik kita kena putuskan silatulrahim :( sgt sedih
paling sedih sesama sendiri (melayu vs melayu) yg jd punca hurmmm
berbeza itu hakikat dan seharusnya hakikat bukan sesuatu yang perlu dipersoalakn sebaliknya diperbincangkan..moga ada jalan terbaik untuk berdamai (^_^)
Im so much sick wif malaysian politics.. To n fro it is jz da same~ As a semi-democracy country indeed der is a limit on certain tings.. Mayb ppl want to liberalize smtg.. But once SUHAKAM allows the demonstration hapens, wat can we say? We jz need to listen to majority voice.. Its gonna be hapened.. N notg can prevent it anymore..
In fact, politics gves turmoil rather than peacuful solution.. Lke egypt.. No one cud prevent the mass demonstration evendo Hosni Mubarak was so much powerful durin tat time..
Ideologies r changin from time to time.. N im fancy, malaysians know how to difenrentiate btwn gud n bad~ So long as we manage to figure out some ethics dat we shud adhere.. =)
tak tahu nak cakap apa..
kadang2 sedih tengok keadaan sekarang..yang A mengata si B..yang B pula mengata si A.
kadang2 nak tengok jugak semua pemimpin duduk sepakat mencari peyelesaian kepada permasalahan semua nih..tapi itulah..mungkin akan terjadi..dan mungkin juga tidak..
apapun harap negara Malaysia terus aman damai..politik2 tu politik jugak..tapi janganlah sampai menggadaikan maruah agama dan negara..
TANAH TUMPAH NEGARAKU.MALAYSIA!
harap2 takde le yg bukan2 terjadi..semoga Malaysia terus aman damai...
negara laen jeles tengok kita aman. kita sindri pulak tak hargai
jgn ikut keras kepala sendiri jew ..
moga keamanan yg dah dicipta tidak hancur begitu saja
ambo pon pelik.. perhimpunan aman, dikatakan nk buat huru hara..? sape yg menghuru harakan keadan skarang nih?
Post a Comment