Sunday, July 24, 2011

Entry dari hati | aku berblog untuk apa sebenarnya !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera, sambil lepak-lepak hari minggu ni aku mengambil masa untuk masuk kembali ke blog-blog yang menjadikan keutamaan aku pada masa lalu, yang dah lama aku abaikan. Kadang-kadang aku terfikir kalau takder unsur-unsur pendapatan dalam berblog, masih ramaikah yang ingin berblogging. Sebelum aku mempunyai blog, aku hanya menumpukan kepada beberapa blog dan membaca setiap entry yang diupdate oleh mereka,  banyak ilmu dan pengetahuan aku dapat dari situ. Tapi sekarang apabila sudah mempunyai blog  sendiri dan mengenal apa itu Nuffnag atau Adverlets aku  dah  jarang menjenguk masuk ke blog-blog tersebut tetapi aku hanya mengejar trafik..Aku sendiri pun macam dah agak tersasar sejak aku mengenali apa itu Nuffnang dan apa itu trafik  dalam dunia maya ini, mungkin banyak lagi ilmu dunia maya ini yang belum aku ketahui. Sekarang aku seperti berblog hanya untuk mendapatkan trafik semata-mata, tipulah kalau kita berblog tetapi tak mahu usaha menarik kunjungan pelawat ke blog kita...tetapi sekarang aku rasa agak terpesong jauh dari niat asal aku...aku dah kurang membaca entry-entry yang bagus dan berinformasi dan hanya masuk kesebuah blog dan terus pergi mencari kotak shoutbox.

Dan yang paling penting aku sudah kurang membaca buku, adakah aku gagal dalam mengurus masa aku...mungkin juga, tetapi bukankah berblogging juga akan menambahkan ilmu pengetahuan...tetapi bagi aku sekarang tidak lagi...isi dalam entry bagi aku isu nombor dua yang penting blogwalking dan blogwalking sampai lebam. Selain daripada itu aku melihat komen-komen yang diberi pula semakin kurang pencambahan isu yang ingin disampaikan..Mungkin hanya komen untuk menunjukkan sokongan dan sekadar membalas komen yang diberi..entry ini hanya pendapat dari isi hati aku yang ikhlas, bukan tanda kecewa...buat apa aku nak kecewa kalau trafik aku semakin hari semakin meningkat, tetapi aku teringat kata-kata Prof Diraja Engku Aziz " internet musuh kepada buku"...mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kata-kata itu kerana internet merupakan cabang utama ilmu pada masa kini...tetapi jika direnung kadang-kadang ada benarnya telahan pak Engku itu. Jadi aku nak berpesan pada diri aku boleh berblogging tetapi jangan sampai tersesat jauh dari landasan yang aku tetapkan pada awalnya.

24 comments:

kotak bulat said...

kb sekrg da kurg BW.. tp tetap baca entri..cume kb sekrg lepas bca n komen..kb da jrang tulis kat shoutbox. abis baca, komen..terus pangkah je. trafik kb, mmg makin menjtuhla dri hari ke hari..hehehe..

kiz said...

ada masa aku serius,ada masanya sekadar buat saja,Ada masa aku utamakan..ada masa aku tinggalkan..tetapi setiap yang di lalui itu pastikan ianya ada kesaksamaan.Yang dahulu di dahulukan..yang kedua ..ketiga dan seterusnya mengikut urutan..kerana dalam apa juga perkara..dahului dengan nama allah dan sulami dengan keikhlasan..insyaallah ..kita tenang dan terasa apa yg kita lakukan itu bukan kerja sia sia..

Unknown said...

sgt setuju intnt musuh kepada buku

jika dlu 2mgu akn mbeli sbiji buku
tp skg tidak lg..hmmm

tp TH berblog hny utk menulis
tdk penah ambk tau pasal nuff n so on

Fathiah Hamim said...

hmm sesapa yang mula2 berblog cakap, "aku just nak tulis apa yang aku nak tulis, takda kisah duet pun" mustahil diorang still kekal macam tuh. kalo ada bagus jugak. hehe

harrazdani said...

kiz : terbaik bro....;)

Diari Si Froggie said...

Internet musuh utama pada buku aida setuju..
tekanan dalam berblog nie mesti ada, niat asal kita just nak berkongsi ilmu tapi jadi sebaliknya bila kita rapat dgn blogger yang mengejar traffic, nuff, advertlets, innity, heartbeart or lain2 kita pun mula terikut2, konon tak nak ketinggalan zaman..
sebab aida sendiri pun mcm tu..hehe.
apa2 pun skrg dah stabil malas nak fikir ttg tu..suka baca entry kawan2 lagi berguna kot :)

kiz said...

rasa nak buat entry lak komen yg aku buat tu..haha..leh pinjam tak..

wan_cikgumuzik said...

bagi aku.. blogwalking shoutbox dan baca entri adalah sesuatu yang lazim.. kenape harus blogwalking dengan hanya meninggalkan jejak??

sematkan dalam hati "aku nak baca 20 entri hari ini" rasanya tak salah kan untuk berbuat begitu kan??? sebenarnya isu kejar trafic tak usah lah nak dibangkitkan sbb 99% blogger memang nakkan semua tuu.. MENIPU kalau blogger tak gila trafic walaupun dia tak ngaku.. dont be hipokrit.. everything unpredictable kan...

mcm aku, aku akan memulakan sesi berblog dengan BLOGPECUT sebanyak 20 blog dahulu dan baca entri blog yang kita lawati..(wajib baca). tak semestinya kat semua entri kita akan tinggalkan komen kan.. tak seharusnya kita tidak hanya meninggalkan jejak di shoutbox..

jawpannya, kita akan dapat ilmu dan dapat trafic.. kedua2nya harus seiring.. mengejar tfaric sambil menimba ilmu.. so?? kita sendiri yang tentukan...

fikirkanlah..

maaf sebab terbuat entri plak kat sini.. hahahahahaa

Wanie said...

bahagikan lah mase untuk bace blog yang berinformasi macam dulu pakcik amalkan..

jangan sebab blogging pakcik rase pakcik gagal ok..

wanie kalau singgah blog orang, tengok entry dulu, kalau entry boleh dibaca & dikomen baru tinggal komen then tinggal jejak skali..

harrazdani said...

kiz : noprob

cikguwan : aku gila trafik..itu aku bagi tau dalam entry ni..jadi aku tak hipokrit laa kan.hahahah

wanie : bukan rasa gagal...tetapi rasa nak manfaatkan lagi blog ni..nak baca entry kawan2 yang bagus...sbb pakcik dah kurang baca..ini pesanan utk diri sendiri...

kiz said...

macam cikgu wan cakap tu..memang betul..jadi just do it apa yang kita fikir terbaik..sebab dunia siber tanpa sempadan..tak sempat hari..esok boleh..jika ada peluang..

A retarded kitty said...

Mostly time aku bw, aku terus cari kotak SB sebab cuma ada certain blogger saja yang boleh buat aku stay sampai kebas bontot sebab entri best tahap giga.

Ngeh ngeh ngeh

Tapi aku jarang komen blog diorang, jadi silent reader lagi best

MARIA LIZA said...

selain dari buku, blog juga boleh tambah ilmu bezany...buku one way comm tetapi blog two ways comm...blog juga kita boleh express pendapat kita selain berkongsi mslh...

Azzah said...

dulu nak kejar jugak trafic tapi sekarang tak pulak..hanya untuk kepuasan sendiri..nuffnang,adverlets?..dah tak mengharap tapi tinggi jugak ads adverlets..

Unknown said...

ayie lebih selesa bace shje entry orng and then komen apa yg rase patot...selain itu boleh kongsi ilmu.. kureng dh nk shout kt shoutbox.. sbnrnye kalo ikotkan bg ayie, internet still same shje mcm bce buku sebb until now, buku2 sentiase ad dgn ayie.. umi rajin belikan..hoho

shameel Iskandar said...

salam alaik.
ada benarnya kata-kata pak ungku, internet itu mush kpd buku. Tapi internet juga byk membantu dlm proses menyebarluaskan kebaikan ke serata alam. Ia tidak terhad spt buku. Ttg niat berblog tu, seeloknya kita kekalkan niat asal iaitu utk berkongsi pengetahuan dan memperluaskan persahabatan. ttg wang dari iklan itu sepattunya kita nomborduakan. Mcm pergi ke makkah juga. matlamatnya nak mengerjakan haji dan smbil2 tu beli juga cnederahati dan rakam juga gamabr. tapi adalah salah jika pergi ke makkah utk merakam gambar sebagai matlamat utama

Cikya said...

sebab,
selalu kalau blogwalking, akan tinggal komen kat entry yang boleh di baca dan menarik..
macam kurang best sekadar buka dan shout..

terus menulis dengan berkualiti..
setia membaca.. :)

simanis said...

Salam Dani...

Kenapa blogging dijadikan alasan???

To me, time management is very important...

Saya masih lagi seorang guru, lecturer dan tukang masak berjaya untuk family...

And I still with my reading habit...

Nasihat saya : Manage your time properly...awak akan rasa 24jam yang Tuhan bagi adalah sempurna sebenarnya...insyaallah...

harrazdani said...

simanis : terima kasih...saya akui kadang2 saya teruk dalam time management...itu saya akui dalam entry pun saya ada nyatakan...saya bukan jadikan blogging sebagai alasan...cuba faham betul2...saya nyatakan tujuan saya berblogging yg kadang2 agak tersasar...btw thanks simanis very appriciated.

caliph shuriken said...

sy lebih selesa mbaca kt blog compare dgn buku.. tapi sy x tinggal trus buku2 tu ^^

Unknown said...

aku jikalau BW ada entry yang mempunyai info menarik pasti aku akan baca..kalau entry sekadar cerita personnel atau syok sendiri, memang aku tak baca punya...internet bukan musuh kepada buku...melalui internet juga kita dapat menimba ilmu...internet ibarat sebilah pisau ditangan...kalau kita gunakan untuk kebaikkan maka kita akan dapat keuntungan..tetapi begitulah juga sebaliknya...

ASSOYFINGER67 said...

salam...berblogging umpama ketagih rokok bagi yang menagih traffic....bila banyak mahu lagi banyak(termasuk aku)...sebenarnya berblogging kadangkala tiada faedah dari segi insani pada blogger.
Lain kalu yg berblogging atas sebab sesuatu,cendikiawan,atas sebab politik atau dakwah telus..kalau tak mau pendapatan mengganggu senang jer buang iklan huhu..apapun sebenarnya itulah sebab akal di beri kepada manusia agar membuat sesuatu dgn wajar....tanpa bantuan nafsu.Apapun berblogging memang mengalpakan/merugikan masa (lebih2 lagi kalau line semput)-sebab tu semuanya perlukan modal dan masa.End

Unknown said...

bui sekarang utamakn bloglist bui dulu..bui akan wajib terjah dia orang semua..lepas tu baru bui buat blogwalking dekat blog org lain..follow pun ikut mood..kalau org follow bui follow balik..nk kata kejar traffik tak jugak..lebih kepada melayan perasaan jer sebenarnya blog ni..bgsnya sekarang bui dh jarang keluar sebab asek layan blog..tp kdg2 anak2 jd terabai jugak sebab asek layan blog..hehe..ketagih pun ada bila berblogging ni..semua blog ada keistimewaan masing2..buruk atau cantik,mesti terselit info walaupun seciput..

panjang tak komen bui..hehehe

Terbelog said...

bergantaung kepada target berbelog
benda ni pun berperingkat sbrnya
mula2 kita tgk blog org kan
pastu kita buat blog
tujuan tetap sama
mencari sesuatu yang baru
pasal duit?
manusia mana blh dipisahkan dgn duit hehe