Thursday, July 21, 2011

Entry info | Israel....Bintang Daud


Assalamualaikum dan salam sejahtera, info ini aku dah kongsikan sebelum ini, tetapi aku rasa mungkin ramai yang belum membacanya...ingat nak sambung entry berkenaan tinta hikmah...tetapi sambil-sambil tengok bola ni ...tengok pemain chelsea Benayoun diboooo!!!! oleh peminat bola sepak Malaysia , aku terfikir...mengapa  beliau di booo...mungkin beliau Israel kot...atau ada sebab lain...tak tahu laaa aku...jadi aku nak konsikan info pasal Israel ni..Siapa diantara kita yang tahu mengapa bendera Israel terdapat bintang 6 penjuru..Ia berkisar tentang kejatuhan kerajaan Nabi Sulaiman buat seketika dalam sekitar  1000SM - 928 SM. Walaupun secara zahirnya kita dapati Nabi Sulaiman dilimpahi nikmat yang tidak mampu disebut dengan perkataan, namun disebalik semua kehebatan anugerah ilahi, beliau tetap diuji dengan ditarik daripadanya kuasa pemerintahan buat seketika sebagaimana yang disebut dalam surah Sod, ayat 34.

Menurut penulisan Arab lama serta para ahli kitab, Nabi Sulaiman dianugerahkan sebentuk cincin yang dikenali sebagai mohor Raja Sulaiman yang tertulis padanya penulisan sakti yang dipanggil 'Bintang Daud' (bentuk bintang berpenjuru enam, seperti yang ada pada bendera negara Israel sekarang dan sehingga ke hari ini kebanyakan orang yahudi menggunakan lambang itu sebagai simbol bagi kaum mereka sebagaimana orang Nasrani menggunakan simbol salib bagi identiti agama mereka ) yang dengannya allah memberi kekuasaan menguasai bangsa jin..

Nabi Sulaiman kehilangan cincin tersebut ( akibat tipu muslihat raja jin ) dan telah di buang oleh jin ke suatu tempat yang jauh (400 batu) daripada kerajaannya. Apabila Nabi  Sulaiman menemui kembali cincin tersebut Nabi Sulaiman mengambil semula takhtanya dan menghukum semula raja jin tersebut.. 

sumber : buku Alexander bukan Zulkarnain.

14 comments:

rara pinkmafia said...

kejam nya jin tu.hmmm.

Jiejah Gorjes said...

ooo lambang tu asal dr cincin rupenyeee

ArulchelseA said...

pasal dia org israel td tu..aku pun tkejut gak knpa kena boo ni..tgok2 bnyon kena..mesti la pasal negara dia u.. kih kih kih

Fathiah Hamim said...

wah memang cari dalam buku ek?

caliph shuriken said...

klau x silap sy pnah jual buku Alexander ni kt dlm e-store...

simanis said...

very informative!

but i don't watch football...

thank you...

Terbelog said...

Sirah ni bro

Khairil said...

nice info bro...tambah sikit , Star of David ini juga digunakan dalam Siddur (buku doa Yahudi) sebagai satu gelaran/lambang kepada Tuhan Bangsa Israel.

Cik Baju Kurung said...

info yang menarik . kalau ada , kongsilah lagi . :)

iKhRam said...

terimakasih dgn info

suka informasi2 macam nie..

alif haris said...

oouh rupanya lambang tu lambang cincin tu ye .. huhu
baru tawu ..
thanks bro^^

Fyqa said...

fuhhh


thanks sharing

kotak bulat said...

info menarik.. tambah lagi satu ilmu kb hari ni. :)

Liyana Zahim said...

Eh.. Ade smbungan lg ke entry ni?