Wednesday, July 27, 2011

Entry santai | Hidup ini untuk diingati

Harraz, Firasz dan Aku

Kadangkala  aku terfikir dan bertanya pada diri sendiri,
satu hari nanti, bila aku sudah tiada,
bagaimanakah diri aku akan anak-anak ingati? 
Adakah mereka akan ingat saat-saat aku memarahi mereka waktu kecil?
Atau mengingati aku melalui tempat-tempat yang kami pernah terokai bersama? 
Atau… ingatan itu datang dari melihat insan-insan lain? 

atau tidak ingat langsung...ohhhh tidak, kita tidak boleh berfikiran negatif pada seorang anak, 
tetapi tidak boleh mempercayainya seratus peratus 
apabila mereka sudah semakin jauh dari pandangan kita. 

Kadangkala ramai yang tersilap menilai anak...
tetapi anak bukan untuk dinilai dan diperbandingkan
anak untuk didik dan dikasihi

mendidik dan mengajar itu banyak bezanya
agar kita kelak dikenang bukan kerana kita mengajar mereka
tetapi bagaimana kita mendidik mereka
bagi aku hidup ini untuk diingati sebenarnya....

p/s aku rasa cam pelik jer entry-entry aku hari ni....

16 comments:

kotak bulat said...

kb sentiasa ingt ayah kb.. kdg2 selalu bercerita dgn kwn2 pasl ayh kb.. :)
rindu kat ayah kb bila baca entri ni.. dah 3hari tak jumpe.. T_T

cucu umie said...

kalo ayie ak ingt ayah sengn shje melalui pesanannye and kalo umi melalui didikannyer.. itu shje..pasti ad smthng yg akan memberikan kesan

Wanie said...

rindu kat anak ke ni?hehe

sejahat mane pun bapak, die tetap darah daging kite..mesti la akan ingat..

harrazdani said...

KB : anak yg baik sentiasa bangga dengan ayahnya

ayie :pesanan dan didikan bekalan untuk kita selamanya

wani : tau takper..hujung minggu ni balik laaa kejap...berpuasa bersama mereka barang sehari dua.

Fathiah Hamim said...

alaaa sedeh. :( serius sedeh.

s u a r a h e a R t y said...

:) sebagai seorang ibu , kadang saya juga terfikir apa yang kamu fikir apatah lagi bila Adam membesar tanpa seorang ayah. . .kdg,risau memikirkan apakah anak2 akan menyalahkan saya. . .membiarkan mereka membesar tanpa keluarga yg sempurna. .tp, spt yg kamu kamu kata. . .cara didikan itu yang penting. . .moga2 saja, mereka memgerti bila mereka dewasa nanti :)

p/s : agak tacink baca entri kali ini =____='

ArulchelseA said...

terbaik bro..ingt mngigati...

Cik Baju Kurung said...

nanti dah further study mesti rindu kat mak and abah . ;(

Khairil said...

sentimental le bro entry hari ni...nice!

ecadwinkyasha said...

ya allah,rindunya dengan bapa dan mama....huhu.bapa pendiam tapi pemerhati,mama pula bising namun sering mendamaikan....bila duduk jauh dari parents,pesanan mereka sentiasa dalam ingatan....

sangat rindu,tak sabar tunggu dua minggu lagi nak BALIK RUMAH....

NuR 'aQiLaH said...

akal manusia ada batasnya :)

simanis said...

Ayah saya tak banyak berperanan terhadap keluarga...

Tapi saya tahu dia ayah saya...

Dan anak2 saya sangat rapat dengan ayah mereka...

Semoga begitu selama nya...

H.J said...

ye,,hidup itu untuk diingati..bukan kerana jahatnya kita..tetapi kerana kebaikan yang dilakukan

iKhRam said...

kalau baik didikannya.. baiklah bila tiba besarnya..

kalau baik ajarannya
baiklah pemikirannya..

jgn
anak-anak boleh baca keikhlasan dan kasih syang ibu bapanya
walau segarangmana pun kedua bapa mereka mengajar mereka.

cth hari ini
kita sebagai anak
sgt2 menghargai cubitan, bebelan dan sebatan ibu bapa
malah berterima kasih lagi

kerana
didikan mereka yang sebagaimanapun
akhirnya menjadikan kita manusia pada hari ini..

Ezad Skytech said...

sayu je bila baca entri ni bro..
anak2 mmg tak seharusnya melupakan pengorbanan orang tua mereka...

mesti ingat semua jasa mereka yang mendidik kita dari kecil sampai la ke besar...

alif haris said...

didik anak supaya mengenang kita bukan kerana kita mengajar mereka ..

suka ayat tu :)