Assalamualaikum dan salam sejahtera, dua entry aku semalam banyak membicarakan tentang anak kan mungkin aku sangat rindukan mereka..hahaha sentimental kejap. Hujung minggu ni aku balik malaya..yeehaaa.. Anak merupakan ujian untuk kita sebenarnya...aku tahu kebanyakan daripada pembaca atau visitor blog ini adalah masih muda remaja, tetapi insyaalah suatu hari nanti akan menjunjung tanggungjawab sebagai bapa dan ibu, itu adalah lumrah dalam kehidupan ini. sekejap jer masa berlalu, tengok anak membesar maka begitulah umur yang telah aku tinggalkan.
Kalau aku fikirkan tentang kehidupan, alangkah bagusnya jika kehidupan ini seperti kita melangkah ke dewan peperiksaan. Mengapa aku katakan sedemikian ? kerana apabila kita masuk ke dewan peperiksaan kita tahu masa mula dan akhirnya peperiksaan itu, bolehla kita membahagi-bahagikan soalan untuk dijawab mengikut kesesuaian masa, kalau tak tak sempat sangat pun kita hentam je, dan mungkin ada yang masih sempat menulis surat rayuan kepada tuan pemeriksa, huhu macam-macam ragam kan. Tetapi dalam peperiksaan kehidupan ini, kita hanya tahu masa kita masuk dan masa tamatnya kita tidak tahu...Kita masuk pada haribulan dan tahun sekian-sekian, tetapi tamatnya bila ?.
Mungkin kejap lagi, mungkin esok mungkin minggu depan, mungkin dan mungkin dan mungkin....kalaulah kita tahu masa tamat peperiksaan ini alangkah baiknya, tetapi itulah kebesaranNYA untuk menguji hamba-hambanya. mungkin kita boleh agak masa tamatnya tetapi berapai ramai yang telah tertipu..adakah kita juga akan tertipu? tetipu dengan masa. sahabat-sahabat semua ingatlah masa itu ibarat pedang, jika kita lalai mengawalnya ia akan memotong kita, tetapi jika kita bijak mengawalnya ia akan menjadi senjata paling berbisa buat kita semua...ok sahabat semua jom kita bahagi-bahagikan soalan yang perlu dijawab dengan baik dan teratur agar kita berjaya menjawab kesemuanya kerana masa semakin mencemburui kita..dan yang paling penting masa tamat exam nanti kita akan tersenyum kerana semua soalan talah dijawab dengan jayanya.
p/s doakan harimau malaysia menang malam ni...
19 comments:
blik malaya ke bro..malaya mengaum malam ni.. kih kih kih
Esok malam aku balik....huhuhu tak sempat
ooo.. balik malaya... selamat yer hendaknya...
sesukar mana punmelalui ujian kehidupan.. sudah pasti byk kegembiraan sepanjang melaluinya kan?
masa mencemburui kita. huhu
semoga selamat sampai!
betul jugakan? kalau hidup kita macam peperiksaan, tentu kita atur dengan baik
kehidupan kita sehari2 perlukan jadual sebenarnya.. :)
moga selamat balik malaya :)
Atur dengan teliti..dan usahakannya.
balik jumpa anak2 ea abg..
"kehidup seperti melangkah ke dewan peperiksaan"
cunndaa suka ayat tu, sbb peperiksaan juga yang menentukan hala tuju kita, kalau kita gagal sekali, bukan kita gagal buat selamanya kerana banyak lagi peperiksaan yang bakal kita tempuhi..
hidup bukan untuk hidup
kehidupan*
penipuan dan hipokrit.... apa perbezaannya??
sila buat satu entri utk saya.. :P
wan : insyallah...
~~abgdani,family suma tinggl kat malaya no? ingtkan angkut skali pi kuching..
ha..tak pernh dgr lgi ni...hidup dibanding..eh..banding ke..tak jumpt perkataan sesuai,hehe.. tak prnh jmpa yg dibndgkn dgn peperiksaan camni.. hurmm..betul..kita tahu trkh lahir..tp takkan pernh thu tarikh tamat kita..rasa remang..
wah banyak makna tersirat nie..setuju sgt dngn part exam tu..klu exam kte tawu penghujungnya..tapi dunia realiti semua pon mcam x ingat ada penghujung n seolah2 nak hidup selama2 nya pulak..erm thanks diatas ingatan~
semoga selamat semuanya :)
kirim salam kat makcik ye..:)
kalau la kite tau mase tamat peperiksaan kehidupan...huhu..macam tak sanggup je nak tau..
tersirat ni bro
itu namanya roda-roda kehidupan :)
semua pernah masuk dewan peperiksaan, tapi tak ramai yang hayati dan hargai perjalann sepanjg peperiksaan..
selamat pulang ke malaya :)
pemikiran sastera ni bro .. hehe kan best klu hidup ini bagai melangkah ke dewan exam kan
nice entry...sama2 lah kita doakan semoga pengakhiran masa kita adalah yang terbaik =)
Post a Comment