Friday, July 8, 2011

persidangan riba dunia



Assalamualaikum dan salam sejahtera, semalam saya masuk segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari, banyak kritikan yang amat membina yang saya perolehi dari kawan-kawan blog....saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih....akan diubah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Hari ini nak cerita pasal satu persidangan yang akan dilangsungkan di PWTC kuala Lumpur...pada 26 - 27 Julai ini...apa yang menarik perhatian saya ialah persidangan yang dimaksudkan ialah Persidangan Riba Dunia....fuhhhh gile dahsyat bunyi persidangan ni....tema persidangan ini ialah "pandangan adil dari perspektif perakaunan, undang-undang dan agama" yang dianjurkan oleh Thinkers Trend Resources Sdn bhd, UIA dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Dalam persidangan tersebut akan dirungkai dengan lebih mendalam dan kritis perkara yang berkaitan riba oleh para panelis timur dan barat.


Mengapa saya tertarik dengan persidangan ini ? kerana perkataan riba di situ....dalam dunia kita hari ini soal riba bagi saya dah semakin asing pada kita..khususnya umat islam...mengapa saya berkata demikian jom layan dialog kat bawah ni ;

Perbualan antara perunding kewangan bank konvensional yang dikenali sebagai hassan dan pelanggan yang dikenali sebagai pak abu.

senario A
Hassan : pakcik, kalau pakcik menyimpan sebanyak RM 20,000 ini pakcik akan menikmati faedah atau dividen sebanyak RM 1000.00 dalam masa lima tahun sahaja..
Pak Abu : wah hebat sungguh plan ni....kaya pak cik..pakci kayo  pakcik kayo...kih kih kih.

senario B
Hassan : pakcik, kalau pakcik menyimpan sebanyak RM20,000 ini pakcik akan menikmati Riba sebanyak RM 1000.00 dalam masa lima tahun sahaja....
Pak Abu : engkau biar betul hassan, ingat aku ni ape....ko ambik nih dussshhhhh...!!!



Moralnya orang kita sekarang selalu menggunakan bahasa untuk memperlihatkan sesuatu yang tidak baik itu baik.manakala yang baik itu tidak baik....tidak dinafikan banyak produk-produk yang berasaskan islam sekarang ni yang mengunakan term dividen tadi ditukar kepada upah dan diurusniagakan dalam bentuk islam tetapi sambutannya agak kurang meggalakkan berbanding plan-plan konvensional yang lebih menjanjikan keuntungan pada pandangan ekonomi sekarang ini.


Sama juga dengan perkataan subsidi....apabila wang tersebut disalurkan untuk membantu rakyat...ia dinamakan subsidi ...tetapi jika wang kerajaan disalurkan untuk membantu syarikat-syarikat besar yang hampir bankrup dan rugi ia dinamakan suntikan modal dan sebagainya....mengapa ia tidak dinamakan subsidi !!!! ....itu lah yang saya sebut tadi....apabila bahasa digunakan untuk memperlihatkan yang baik itu tidak baik...masing-masing punya pandangan...dan mungkin ini hanya pandangan saya sahaja....

9 comments:

Afikah Aziz said...

ika setuju ng pandangan akhi..penggunaan bahasa yang mana boleh membuatkan manusia senang terpengaruh..tukar sikit je dah lain jadinye..ermm

SoLy SoLicious said...

yeah...dh belajar pasai ni, sebab sy amik ekonomi islam ^___^

wan_cikgumuzik said...

info yang sangat berguna.. keep it up..!!

Khairil said...

betul bro...aku sokong pandangan bro...nice entry!!!

Syuxer said...

bahasa cover2 disebalik maksud sebenarnya sememangnya untuk dimaki siapa yang memakai bahasa tersebut..berterus terang sudah kan..huhu

aku tak berapa faham sangat ekonomi..maklumlah lebih pada IT uhuh..tapi x mengapa,sekurang2nya aku dah faham sikit2..:)

kotak bulat said...

jujur lagi ikhlas kata2 kat situasi B tu.. heheh.. em, pemikiran kita cepat terkabur dgn perkataan walaupun mksud yg disampaikan sama

ArulchelseA said...

politik wang Dan rasuah... kih kih kih

APAN said...

aku suka part last ni...pasal subsidi ngan suntikan modal tu.masuk akal gak tu.mende sama je tu.huhu...

caliph shuriken said...

pnah jgak dgr pasal jenis2 riba ni wktu gi kursus takaful aritu...

latest en3: latest tips exam PTD?