Tuesday, July 5, 2011

zaman adik beradik


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kita ada berapa adik beradik ? mesti ada yang jawab sepuluh...wow meriahnya, ada yang jawab tujuh ada yang jawab empat sehinggalah dua...kalau yang seorang tu dia takkan merasa hidup bersama-sama dengan insan yang bergelar adik dan abang....tetapi mungkin ada kelebihan lain yang tidak didapati oleh mereka yang mempunyai adik beradik. Rata-rata pembaca blog ini adalah golongan remaja yang akan masuk ke alam dewasa..jadi saya ingin bertanya satu soalan, di mana adik beradik kita sekarang ?.jawapannya satu jer...semua dah bawa haluan masing-masingkan..dah ada kerjaya dan family sendiri.

Dunia adik beradik ni unik sebenarnya, penuh dengan rebut-merebut, tarik-menarik, lompat-melompat dan pelbagai lagi aksi yang akan tersimpan utuh dalam ingatan kita buat selamanya...dan yang paling famous adalah bergaduh sesama sendiri....dari kecil kita bertengkar dengan abang mahukan barang kepunyaan abang dan kakak, jika si abang tak mahu mengalah abah dan ibu akan turut terlibat sama...dan semestinya kita yang berstatus adik akan menarik senyuman panjang...huhuh...adik akan sentiasa menang dan abang akan sentiasa di pihak yang salah dan kalah...tiada istilah 'aku kan abangggg" sebenarnya.... Apabila umur meningkat remaja pun kita acapkali juga berselisih pendapat dengan adik dan abang...dan pada ketika itu tiada lagi situasi kemenangan berpihak kepada yang lebih kecil kerana semuanya sudah besar...dan abah mengambil tanggung jawab melibas sekuat yang boleh ....ZZZZZZaaaappppp!!!!!! rotan ke paha adik dan abang...bagi abah mereka sepatutnya sudah tahu berfikir mana yang baik dan mana yang elok.....indah sungguh zaman adik beradik kan....dan zaman itu sudah kita tinggalkan dan ianya tidak mungkin dapat kita ulangi lagi buat selamanya....

Dan hari ini dan saat ini...mereka semua telah tiada..tiada kerana pergi mencari arah dah haluan masing-masing demi mengejar satu cita-cita...ingin menjadi insan yang terbaik dan di kagumi abah dan ummi...tiada lagi rebut-merebut, tiada lagi tarik menarik dan hilai tawa menyambut kepulangan abah di petang hari....dan yang paling penting pergaduhan tidak lagi wujud kerana masing-masing sentiasa menantikan saat dan ketika untuk berkumpul semula....kerana kejauhan itu kadang-kadang indah bagi mereka yang punya sifat kasih dan sayang....walaupun zaman itu telah berlalu...tetapi kenangan itu tetap utuh sehingga keakhir hayat...itulah zaman adik beradik.

19 comments:

fardhilah said...

harap sgt hubungan dan keakraban adik-beradik ni xkan putus sampai bila2.

Cheq Sue said...

ye lah...berpisah sementara meneruskan hidup masing2... tapi yang paling xleh lupa...adik bongsu ni sampai 2 tahun kena dokong lagi... adoyai... sekarang asyik dok kosek dia aje..

Unknown said...

suka tgk gmbr dlm entri ni..mcm rmh mak je

Fathiah Hamim said...

kalo sekarang masing2 berebut nak tunjuk kat parents siapa lagi hebat. tapi dengan cara yang elok. =)

Unknown said...

kami adik beradik masih rapat sampai sekarang even masing2 dh ada family..^_^

Afikah Aziz said...

yes btl,klu abang/kakak mesti akan kalah dan adik akan menang..biase la kne mengalah gk cmne pun hehe...ika anak sulong,adik plak 6 org fuhhhh kne mengalah la klu gaduh klu x hbs la kne marah ng abah hehe....

Afikah Aziz said...

errr lupe nk bgtau,modem broadband ika dh leh guna...terima kasih sbb tolong :)

kotak bulat said...

bila da jauh baru terasa sayang kat adik beradik.. tp bila dah berkumpul tetap bertekak jugak..hehhe..gurauan adik-beradik mmg lain dri gurauan dgn kwn

Unknown said...

teringat kembali zaman membesar dengan adik-adik dahulu...bila teringat kdg2 datang rasa sebak dan sayu..dan kdg2 boleh tersenyum sorang2 diri...

suka bila belek2 balik album gambar2 lama...

al-fatihah kepada arwah adikku Muhammad Khairil Amri yang telah kembali ke rahmatullah pada 22hb Mei 2006...sudah 5 tahun...

Hanya kenangan yg tinggal bersama kami sekeluarga yang lain...

Unknown said...

sekrng pon adik berdik ayie dh bawak haluan masing2..yg kt asrama lain yg kt U lain..susah juga nak jumpa..time raya kdng2 xcomplete juga sebb sorng xdpt blik jauh..huhu bila sudah besar, memang begitu tapi iktn keluarga sukat diptus jika masing2 saling memahmi

PenDekAr LauT said...

Aku kalau boleh nak hidup ngan adik berdik aku samapi akhir hayat aku..

Anonymous said...

air dicincang tak kan putus :)

Anonymous said...

aku ler yg jumpa adik beradik setahun sekali

arituarini said...

biasa la gaduh adikbrdik... kih kih... bertumbuk ari ni esk lusa kwn blik.. kih kih kih.. tp bila dah besar2 dan dah tua macam aku ni tk de dah..aku bongsu pun dah tua..byangkn yg lain.. lg la dah tua kan..semua ok..

Karya Hati said...

alhamdulillah kami adik beradik rapat..mohon allah kekalkannya hingga akhir hayat untuk menerajui generasi kami setersnya..harap yang lain juga..amin ya rabb!

syuxer said...

air yang ditetak tak akan terluka..

zaman adik beradik ku banyak diabeskan bersama kawan2 sekampung kerna jarak umur beza ngan abang ngah 4 tahun hehe..apapun kami tetap soldier yang bersatu hati menjaga nama baik keluarga..

kami bergaduh paling cikai pun terlerai sehari je kemarahan..ye memang sekarang mereka membawa haluan masing2 kerna tuntutan kerjaya dan keluarga..tapi kami masih berhubung sesuai dengan kata2 air yang ditetak tak akan terluka..

wan_cikgumuzik said...

all sweet memory.. menitis air mata mengenangkan zaman kanak2 dulu.. :'(

nuyui a.k.a miss YUI said...

adik2 sy masih belajar..

rindu dgn depa..

tp kan,lau slh,sy tetap menang..hakhak..

p/s: mood sy kena brubh..lau mrh sje,t geram =)

Anonymous said...

jafni bongsu eh dlm adik beradik?