Thursday, September 22, 2011

Tips untuk entry kita nampak lebih kemas | justify laaa elok sikit !!!!!


justify like this aaaaa.....

Salam to all my friend, tujuan aku menulis entry ni bukanlah niat untuk mengajar jauh sekali untuk tunjuk pandai tentang dunia blog ni, niat aku hanya satu iaitu perasaan ingin berkongsi dan mengutarakan pendapat aku tentang apa jua yang terlintas difikiran berkaitan dunia blog ni.

Sebelum tu aku nak bertanya korang semua, apa perkara atau elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah blog ? mesti semua akan jawab kualiti entry yang ditulis..betul tak ? dan yang lain tu sebagai pelengkap atau perencah kepada elemen utama tadi. Yesss !! memang betul tetapi jika mesej dan isi yang ingin disampaikan itu disalurkan secara tidak kemas a..k.a tidak menarik perhatian dan mungkin memberatkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya, maka akan sia-sialah mesej itu kerana mungkin ianya tidak menarik perhatian untuk dibaca atau hanya di baca sehingga sampai dipertengahan sahaja.

Jadi nak dipendekkan entry ini, aku nak tanya korang laa..semasa menulis entry korang ada terfikir tak tentang kekemasan entry tersebut ? ada yang akan jawab "ya" dan mungkin juga akan jawab "tidak". kalau yang jawab tidak tu boleh berhenti setakat ni jer baca dan terus tekan pangkah, kerana entry ini aku khususkan kepada mereka yang jawab "ya" sahaja...

Perkara asas yang ingin aku sentuh ialah "alignment" setiap entry. Ada align left, align center, align right dan yang last sekali justify. yang mana pilihan korang ? atau memang tak penting langsung bagi korang... bagi aku lebih baik kita justifykan setiap entry yang kita buat, bukan apa bagi aku kalau kita justifykannya nampak lebih kemas dan lebih menarik untuk dibaca. Betul tak. walaupun korang gunakan pelbagai font dan warna pada hurufnya.

Kesimpulannya terserah pada korang laaa..kerana blog korang dan sudah semestinya korang punyer sukalah, tapi ini sekadar pandangan aku jer laa. kalau rasa ok, lepas ni ambilah sebagai panduan dan justifykan entry korang, tapi  kalau rasa tak ok abaikan ajer, kerana mungkin ada yang nak praktikkan..betul tak?. Bagi aku dunia blog ni penuh dengan warna dan warninya, sesiapa sahaja bebas mencoraknya. Cuma hasil yang diperolehi pada akhirnya mungkin ada yang baik dan mungkin juga ada yang lebih baik.  jadi terpulanglah. have a nice day friend..kipidap ;)

24 comments:

adwafarahin said...

klu entry kemas kite pon seronok nk bace kan..panjang pon xpe btl x?
:)

Unknown said...

Salam bro..bagi bro,font size apakah yang betul2 sesuai kita guna di entry?...adakah font besar tu bagus atau kecil lagi ok?...saja nak tanya pendapat...

harrazdani said...

adwa...betul tu..;)

rill ; bagi aku font yang macam kita pakai sekarang ni bro....huhu..ni bg aku laaaa..huhuh

Anak Wak Mail said...

kadang2..saya punya blog,,masa nak tulis tu,,dia ada problem sikit lah..saya suruh ketengah,,dia tetap nak ketepi..agak2nya,,apa problem saya ek?

harrazdani said...

AWK : masalah besar tu....cuba paste kat microsoft word dulu dan edit kat situ...mugkin boleh kot...

HEROICzero said...

yang penting kemas , tak ada shortform .

Abu Bagi said...

blog aku kurang kemas agakya.. tapi aku harap reader tak menyampah tengok hahaha.. btw tips ni sangat bagus.. terutamnya blogger yang tulis entry panjang panjang.. thanks en dani sbb kongsi :D

Unknown said...

tu la kalau kemas,smart,font yg sesuai memang seronok org nak baca dan paham kan...sebab bukan kita sorang je yg akan baca blog kita..

Cikgu Badar said...

nice tutorial

muse said...

blog yang kemas melambangkan peribadi blogger tu bro than bole jadi daya tarikan pada para readers...

bella luna said...

nice sharing,saya rase blog saya pun tak kemas,huhu,.tak reti nak bina ayat,semuanya tunggang langgang,.=,='

arituarini said...

tq tips ni bro...

Amie said...

auka entry yang kemas....tak serabut dengan pelbagai aksesori, sedap je mata memandang, baca pun tenang & mudah faham sebab tak banyak gangguan mata

kizmyself said...

betul tu..aku selalu nak buat..tapi bila dah siap lupa lak..lepas ni mesti ingat nak buat...huhu

Fathiah Hamim said...

betul2! kemas pun selesa nak baca kan

puteri kasih said...

bila kemas dan tersusun mudah jadinya untuk membaca kan :)

apaajanews said...

rasanya...depend pada tyan tanah...kalau yang rajin mengemas tu memanglah dia suka membelek dan mengupdate susunan ruangan blog mereka...tapi yang hanya nak tulis blog semata-mata rasanya mereka ini tak pentingkan itu semua yang pentng bagi mereka ialah tulis je artikel...he he

afzalsukasuki said...

betul apa yang bro kata.Aku kalau boleh biar orang yang baca rasa selesa, faham dan kekemasan sesuatu entry tu la yang akan tarik minat orang.Warna2 pada aku tak penting, bergantung kepada keperluan entry :)

mankete said...

bro hang perli aku ka hahahahhaha

caliph shuriken said...

last praktik justify ni wktu wt final report dulu, hikk...

SoLy SoLicious said...

blog sy ok x?? heeee

Orang Kita said...

tips yg berguna tuk aku,, tq!

hafrawiey ozakawa said...

tengs for ur info.lets me try


p/s:done follow here..follow back

ctk said...

memang betul...kekemasan itu pnting tp ct xthu la blog ct ni boleh dikategorikan sbg kemas or x..bg ct, cm kmas je..hahaha