Wednesday, September 21, 2011

tips bagaimana nak backup blog kita | elak putih mata bila digodam!!!!!


Salam to all my friend, sememangnya semalam kebanyakkan daripada kita agak terkejut dengan apa yang berlaku pada blog seorang rakan kita khairul a.k.a gilamodified yang mana blog beliau telah digodam. Menurut beliau setelah berunding dengan hackers yang bertanggungjawab, akhirnya beliau telah dapat balik blog kesayangan beliau tu, tapi yang amat mendukacitakan beliau dan mungkin para sahabat semua blog gilamodified bukan seperti dahulu.

Dalam entry aku tentang situasi tersebut majoriti komen yang aku terima semuanya menyuarakan kebimbangan tentang kebarangkalian blog mereka menjadi magsa para hackers diluar sana, jadi aku ingin bertanya apa tindakan korang semua ???? adakah hanya meluahkan kebimbangan tersebut buat sementara waktu itu sahaja dan selepas tu terus asyik berblogwalking tanpa memikirkan situasi yang sama akan berlaku pada  blog kesayangan korang??, itu pun kalau korang sayanglah, kalau tak sayang berhenti setakat ni jer laaa korang baca entry ni.

Jadi aku fikir sebelum berlaku pada aku dan korang semua, semalam aku bertanya bagaimana untuk kita backup blog  agar ada la harapan kita dapatkan balik blog yang kita usahakan sejak sekian lama tu, takder laa nak berputih mata bila kena hacked, betul tak ? aku bukanlah pandai pun pasal backup blog ni, tapi hasil pertanyaan aku pada bro shameel iskandar malam tadi dia berikan aku beberapa link untuk aku rujuk...thanks bro.

Hasil daripada testing yang aku lakukan pada blog aku, alhamdulillah blog aku selamat di export (backup). dan insyaallah minta-minta ianya akan berfungsi dengan baik saat aku memerlukan nanti..siapa tahu kan !!!. di bawah ni aku tunjukkan cara untuk kita eksport blog kita untuk disimpan sebagai backup..Pertamanya masuk ke dashboard => setting..

Selepas tu akan keluar di ruangan blog Tools, export (klik situ)


Bila dah klik button export tadi akan keluar seperti pic kat bawah ni...


Klik je download blog dan tunggu sehingga habis proses mendownload seperti pic kat bawah ni..(google chrome user)

Simple jer kan, dan insyaallah jika berlaku perkara yang tak diingin kita boleh dapatkan balik apa yang ada dalam blog kita setakat tarikh yang kita backup tu. Aku galakkan kita buat poses ni sebulan atau paling lama pun 3 bulan sekali. Banyak lagi sebenarnya kita boleh backup seperti template dan coding dalam blog kita tetapi aku rasa cara ini paling simple dan senang. Savekan, dan jika terpaksa buat blog baru import sahaja apa file yang kita save tadi ke blog baharu..setakat itu sahaja dulu kalau ada kesilapan dan ingin membuat penambahan sangat-sangat aku alu-alukan..kerana sharing itu caring sebenarnya.

p/s ; khusus untuk mereka yang belum tahu lagi, yang dah tahu nak abaikanpun boleh..Kalau nak copy paste pun sangat dialu-alukan. takpayah nak back link pun, sebab ini semua untuk kebaikan kita bersama.

19 comments:

kiz said...

yeah btol tu bro..last time aku back up 6 bulan yang lalu..adeh kena buat balik ni..

caliph shuriken said...

nsib baik bro tu dpt balik blog dia.. tapi msti dh lain sgt kn..

utk kes cmni, better backup blog & template skali.. lagi elok if backup selepas publish stiap en3.. so kita akan ada simpan latest backup file...

afzalsukasuki said...

halamak bro nasib ingatkan.nak kena buat balik,dah lama tak save nih

Tokan said...

dulu2 ada juga backup, skunk dah malas...sangat malas.

shida'R said...

nice tutor ;)

Umie Artoqiemie said...

thanks 4 sharing.. baru je buat nih hehe.

ArulchelseA said...

tq utk info ni bro...

Ezad Skytech said...

tak ingat da bila kali terakhir buat backup ni..hee~

btw...thankz kongsi info ni.. :)

Cikgu Bada said...

sharing is caring..tq my friends

simanis said...

kalau untuk wordpress macamana dani? hari tu blog saya tak dihaq, cuma seseorang menukar id saya...tak tahu siapa...padahal saya dan admin saja yang tahu id dan password blog saya...

sangat stress bila sehari semalaman tak dapat tengok blog...

Me Elyssa said...

thanks for the tips. sgt berguna utk semua bloggers

khairul said...

betol tu pengajaran yg berguna utk kita semua

Terbelog said...

masa tukar domain dulu
penah buat ni
skrg dah lama x buat

Anak Wak Mail said...

info yang berguna ni..tak pernah tahu pasal benda2 ni..:)

monster kecik said...

thnx 4 share... sgt berguna :)

zareliqa afiqa said...

nice tips.thanks^^

bella luna said...

sebagai ingatan tuk semua,selepas ape yg berlaku kat abg khairul,sy pun dah start backup blog semalam,.

Fathiah Hamim said...

huhu nak back up sekarang jugakk

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

terus sy wat backup..lau sblm ni sy copy paste lam word aje..

sje simpan2 =)