Sunday, August 28, 2011

Entry info | MyDistress..korang kemungkinan sangat memerlukannya..HELP!!!!!!!!



Salam to all, hari ni dah masuk hari ke 28 kita semua menjalani ibadah puasa dan tinggal esok sehari sahaja lagi (jika hari raya jatuh pada 30 hb) sebelum kita semua menyambut kedatangan syawal yang mulia. Nak ucap selamat hari raya pun rasanya aku dah ucap lama dah, kalau perasan yang kat tepi sebelah kanan tu. Apa yang penting kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran selepas sebulan kita menjalani ibadah puasa dan mengawal nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sinonim dengan musim perayaan ini, kita sedia maklum akan banyak berlakunya kejadian-kejadian jenayah di mana penjenayah akan mengambil kesempatan di atas kelekaan  kita. Jadi hari ini aku nak promote satu applikasi percuma yang dikenali sebagai MyDistress menerusi telefon bimbit pintar,..kalau yang tak berapa nak pintar tu atau  biasa-biasa je, aku rasa tak boleh gunakan aplikasi ini. Sistem ini membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian jenayah kepada pihak berkuasa. Aplikasi ini  hanya boleh dimanfaatkan kepada mereka yang berada di SELANGOR sahaja. Negeri-negeri lain mungkin coming soon....laaa



Orang ramai yang melihat atau menyaksikan kejadian jenayah atau menjadi mangsa kepada penjenayah hanya perlu menekan ikon 'HELP" pada aplikasi yang telah dimuat turun ke telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan segera daripada pihak polis. kini terdapat lapan buah bilik kawalan telah disediakan iaitu di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak, kajang, Klang, Serdang dan Ampang Jaya untuk menerima dan memindahkan segala maklumat dengan pantas.

Data-data yang diterima di bilik kawalan akan disalurkan terus kepada kira-kira 50 kereta peronda yang telah dilengkapkan dengan sistem GPS . Tapi aplikasi ini hanya untuk kes kecemasan sahaja.  Apa tunggu lagi, kawan-kawan di Selangor muat turun segera aplikasi ini menerusi http://mydistress.net , kemungkinan kita sangat memerlukannya. 

Wassalam,...

10 comments:

Karya Hati said...

henpon pun cikai ja..hahhaha

afzalsukasuki said...

hoho trimas bro amatlah berguna sewaktu musim2 perayaan macamni :) baru tau nih :P

Fyza Lovato said...

hehe saya pakai yg cikai je. ;P

kotak bulat said...

alamak... hp cikai..pastu kb lak duk melaka...hehehe... tp bgus ni.. peningkatan teknologi yg akn membantu.. :)

Anonymous said...

kuikuikui hp sy tak bape nak canggih ler ngeee

Sarah Mnasir said...

wah dasat teknologi skunk.. smua nye d hjung jari anda.. hee

Unknown said...

info yang bagus untuk semua....ingatlah jenayah boleh dibanteras dgn kerjasama semua pihak...

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

wah bagus lah teknologi sekarang .

tapi choki nset bese2 je

selamat hari raya ye

:)

Hans Hanis said...

handphone saya yg murah2 jer

caliph shuriken said...

bgus laa app cmni ^^