Monday, August 8, 2011

Entry info | Serbuan JAIS ke atas gereja, tanya diri kita dahulu...DR Maza



untuk membaca pendapat DRMAZA dalam hal ini klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, isu ini agak berat kerana ianya melibatkan sensitiviti agama. Tetapi aku rasa, aku amat bersetuju dengan pandangan DR Maza dalam bab ini, beliau tidak menyalahkan mereka yang hadir pada majlis tersebut tetapi mempersoalkan tentang keberkesanan peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak yang memakai  label agama dalam menjalankan tanggungjawab mengurus atau mentadbir harta yang bersangkutan zakat. Bagi aku pandangan beliau ini akan sekali lagi menjadi kontroversi dikalangan ustaz-ustaz yang makan gaji atau dikategorikan ustaz sampul oleh allahyarhamah Dr Lo'Lo' dalam tulisan Dr maza dahulu. 

Bagi aku teguran ini perlu dilihat sebagai satu yang positif untuk memantapkan lagi institusi zakat di negara kita. Kurangkan karenah birokrasi dan pegawai-pegawai yang segan untuk meninggalkan bangku empuk dan bilik berhawa dingin aku cadangkan turun padang dan melihat sendiri keadaan diluar sana yang masih ramai yang memerlukan bantuan. Jangan hanya pandai mencari pembayar tetapi tidak pandai mencari penerima yang sewajarnya. Anda dibayar gaji untuk memantau keadaan ini. Kalau kita lihat sekarang pihak lain  telah cuba mengambil kesempatan  di atas kesempitan yang di alami oleh umat islam...masalahnya salah siapa ???? ...selain jabatan yang terlibat kita semua umat islam juga bagi aku harus dipersalahkan.....

12 comments:

Cik Baju Kurung said...

betul . kadang kadang yang masih berkemampuan pun terima zakat sedangkan ramai lagi lebih memerlukan. -.-

cucu umie said...

ayie xpasti sgt sgn kadar sekrng..kalo ikotkan apa yg ayie pernah dpt sulu septotonya ayie terima zakat setimpl dgn yuran pgjian tetapi tidak diberikan sbliknya sepruh shje,, nak ktekan zakat itu diberikn kepada fakir miskin tidak pastilah.Alah shje yg tahu

shameel said...

Sadba Nabi S.A.W (lebih krg maksudnya) " kemiskinan itu menghampiri kekufuran". Jadi kita (maksud saya jabatan agama) perlu post mortem ttg keberkesanannya selama ini. Bila zakat tak diagihkn dgn semprna sdgkn berjuta ringgit yg berjaya dipungut dan umat islam masih ada yg tinggal bawah jambatan. jgn salahkan mrk jika mrk pergi menagih simpati pihak gereja.

caliph shuriken said...

stuju.. apabila yg btanggungjawab wt lebih kurang cmni laa jadinya.. pihak lain dh lama amik ksempatan guna cara 'bantuan bsyarat' ni...

ArulchelseA said...

ada udang sebalik mee ni bro..

amranaiman said...

beruk di utan disusukan..anak diumah mati klaparan.. emm...

Ayie said...

aku setuju, masalah birokrasi memang menyusahkan malah memungkinkan islam lumpuh.. jadi dengan rendah diri aku menyeru kepada mereka yang berkuasa tuh, turun la padang.. tgk, fix apa yang perlu.. jangan sekadar tunjuk muka setiap 4 tahun..

-aku cukup rasa hormat pada Dr Hasan Ali yang menyatakan dengan tegas dia sanggup kehilangan jawatan berbanding hilang akidah.. Politik sangat keji, tapi yang membuatkan ianya keji adalah tangan kita sendiri.. *islam pun boleh jadi bahan mainan.. Tahniah sekali lagi pada Dr Hasan..

Jiejah Gorjes said...

menda2 camni pun nak libat kn politik mmg keji kan

Anak Wak Mail said...

ALhamdulillah,,setakat ni kat kampung saya,,orang2 yang kurang berkemampuan masing2 dapat pembahagian masing2..=)

tu lah,,harap2 orang2 atasan ni bukak mata besar2..bangun dari tidur!

MARIA LIZA said...

Maria keje kat JAWI & memang ada sesetgh perkara link dgn MAIWP...Tak tau nak katalah duit zakat ni tapi so far, duit zakat di MAIWP ni takde masalah la...Untuk muallaf saja memang bnyk...Yang pastinya kita bayar muallaf bukan hanya WARGANEGARA shj tapi NON MALAYSIA pun kita bayar as long as diorg convert in Malaysia guna duit zakat ni...

Khairil said...

ini pendapat aku saja...

memang betul apa yang Dr. MAZA tu tulis...cuba kita tgk cmana mubaligh2 kristen tu bergerak di sebalik persatuan2 kebajikan...cuba renungi apa depa punya Modus Operandi dan apakah objektif mereka....

Kenapa persatuan Islam dan kebajikan kita tak berbuat apa?sekurang-kurangnya membantu mereka yang memerlukan mendapatkan bantuan di saluran yang betul ...bukan mengharapkan tanggungjawab itu semata-mata di bahu jabatan agama dan zakat sahaja?...

sebenarnya orang melayu Islam ni banyak berpolitik dan bercakaran sesama sendiri...hingga melupakan tanggungjawab dan hak-hak saudara seagama yang lain yang memerlukan bantuan...

itulah hakikatnya...dan 'mereka' itu memang menunggu masa untuk memesongkan akidah orang Islam...

sebenarnya ini adalah bukan satu isu politik...ia sebenarnya memberi alert kepada kita semua yang beragama islam utk sedar dan bangkit dari lamunan kuasa politik...

sedarlah....wallahu'alam...

Hans said...

aku sokong sangat entry nih weh
ada yang tak kena dengan badan berwajib yang urus zakat nih
kutipan zakat makin meningkat setiap tahun tapi masih ramai orang yang tak terbela nasibnya tidak dibantu