Tuesday, August 23, 2011

Entry info | Tips bagaimana cara untuk melindungi sambungan internet Wi-fi di rumah daripada dicuri ...!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini aku nak kongsikan BAGAIMANAKAH cara untuk melindungi sambungan Internet Wi-fi di rumah daripada digunakan oleh orang lain yang tidak sepatutnya?, aku baca ni dari utusan online jadi aku rasa ia penting untuk aku kongsikan walaupun aku bukanlah pengguna Wi-fi tetapi diluar sana manalah tahu ada sahabat kita yang merupakan pengguna perkhidmatan ini. Jadi di bawah ni adalah tips-tips penting untuk elak apa yang aku sebutkan di atas daripada berlaku pada diri anda pengguna Wi-fi.


Pertama, pastikan modem router yang anda gunakan mempunyai kata laluan. Perlu ditukar kata laluan sedia ada atau default yang disetkan pada modem router seperti admin, 12345 atau apa-apa sahaja kepada kata laluan yang lebih selamat. Ia akan menyukarkan untuk sesiapa sahaja meneka dan memecah masuk kata laluan tersebut. Kalau perlu naik taraf kepada modem router yang lebih baik lagi.


Kedua, setkan pada modem router anda untuk nyahkan fungsi Broadcast SSID. SSID (Service Set Identifier) merupakan perimeter bagi nama rangkaian anda dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar. Dengan ini, nama SSID tersebut disembunyikan daripada diketahui dan dicapai oleh pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.

Ketiga, laksanakan fungsi enkripsi kepada rangkaian tanpa wayar anda. Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti WEP (Wired Equivalent Privacy), WPA (Wi-fi Protected Access) dan WPA2. Penggunaan fungsi enkripsi WPA2 dengan teknik enkripsi AES (Advanced Encryption Standard) di cadangkan untuk talian tanpa wayar anda. Elak daripada menggunakan teknik enkripsi WEP kerana terdapat banyak program untuk menggodamnya dan ia mudah untuk digodam.


Keempat, hadkan capaian rangkaian tanpa wayar kepada alamat-alamat MAC tertentu sahaja seperti alamat MAC yang terdapat pada komputer anda. Alamat MAC merupakan alamat fizikal bagi antara muka kad rangkaian yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ia boleh dicapai dalam Windows dengan menaip perkataan ipconfig /all dalam program Command Prompt. 

Kelima, seperti biasa sentiasa kemaskini sistem pengoperasian yang digunakan seperti Windows atau Linux, perisian anti virus dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian Personal Firewall dan lain-lain. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik dan menjalankan fungsi keselamatannya. Elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar anda secara terbuka kerana ia boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menggunakan Internet menerusinya. Antara masalah yang timbul adalah ia akan menyebabkan capaian Internet anda menjadi perlahan. Ini kerana berkemungkinan ramai yang mencapai dan menggunakan rangkaian tersebut. Dengan itu, kadar capaian jalur lebar rangkaian anda akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah pengguna.

Seterusnya, rangkaian tanpa wayar secara terbuka ini juga boleh mengundang seseorang menggunakan talian Internet anda untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak baik seperti perbuatan jenayah, fitnah, provokasi, penggodaman, melanggar undang-undang negara dan lain-lain. Jadi, berhati-hatilah.

13 comments:

arituarini said...

btul tu bro..tq utk info ni..ramai yg tk perasan..kang tk pasal2 ramai org berlongok kat luar rumah..kih kih kih

LiFe KaMi said...

memang betul, senang je nak terjah wifi org lan yg password dia tak secure , masih guna password yg asal, selamat le kami hanya guna broadband jer..:)

Unknown said...

bagus info ni..aku pun dok tunggu orang TM mai pasang streamix ni...

caliph shuriken said...

nice sharing bro.. mmg patut protect wi-fi umah kita.. klau x nanti org yg suka2 guna tu online ntah apa2 smpai tenet kita slow jaa...

kotak bulat said...

kb gune pasword.. pastu pasword tu bia belit2.. heheeh

Pamie said...

kalau tinggal kat flat pasang wifi, alamat slow tahap cipan la masuk tenet..huhu..

simanis said...

saya pakai walbabun band hehe... tapi kat rmh mak ni memang wifi tu la...daddy dah set mcm dani ajar...hehe

Unknown said...

silap haribulan ada kedai mkn depan rumah wo !

Cikgu Badar said...

nice post

Fathiah Hamim said...

menggedik betul orang unifi hari tuh tak nak tolong tukar kan password.

kami sindri la yang tukar. huhu

Anak Wak Mail said...

info yang berguna..nak pakai router ni..agak2..apa router yang paling bagus untuk streamyx ek?

Anonymous said...

boleh terang detail tak mcmne cara nak yahkan fungsi Broadcast SSID?

Terbelog said...

ade nawaitu tu gak nak pakai streamix
baru blh bw laju haha