Thursday, August 25, 2011

Entry info | tips elak kanser secara semulajadi.....!!!!!!!!




Salam to all.. Selamat pagi dan selamat menjalani ibadat puasa untuk hari yang ke 25 Ramadhan. Hari ini aku nak bawakan sedikit info tentang penyakit kanser a.k.a barah. Bila dengar je nama penyakit ni aku tak boleh nak bayang apa perasaan mereka yang menghidapinya, minta dijauhkan kita semua dengan penyakit ini kan. Tetapi kalau dah ditakdirkan walau apa cara sekalipun  kita perlu kuat untuk menghadapinya, kerana penyakit ini seringkali dikaitkan atau sinonim dengan kematian. Di bawah ni aku bawakan beberapa tips yang dikemukakan oleh Dr R Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, Tamil Nadu India.

  brain cancer cell

Aku melihat tips-tips yang beliau kemukakan adalah bertepatan dengan adab dan tuntutan agama islam, dan apabila aku membacanya aku merasakan betapa hebatnya ajaran islam yang di bawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW tentang adab-adab  khususnya dalam bab pemakanan.

Menurut Dr R Subramaniam , setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia. Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. ''Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul. 

"Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang makan dan nikmati rasa makanan yang kita makan. "Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita,'' ujarnya. 



Beliau menyarankan agar makan apabila perlu dan apabila lapar. "Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja," katanya.

Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.  Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh.  Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.  Justeru di hospitalnya, setiap pesakit diajar melakukan enema kerana ia salah satu rawatan yang penting bagi mengatasi sembelit. 



''Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari, Jika tidak boleh cara semula jadi, lakukan enema. ''Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah," katanya.

Apabila melihat tips-tips di atas aku ingin bertanya adakah kita orang islam mempraktikkannya ??? walhal ajaran dan panduan ini telah diwariskan kepada kita sejak beribu- ribu tahun dahulu.

20 comments:

MARIA LIZA said...

betul tu..sebab tu bila berpuasa perut kita dapat rileks sikit...tapi sejak2 akhir2 ni asyik sakit prut ajer..tak tau le nape...abis tu camne la kalau orang yg sembelit berhari2 tu kan???

Unknown said...

Assalamualaikum...
info yang sgt menarik...

Unknown said...

syukur sepanjang puasa ni perut bui jarang meragam..*_*

tp makan bila perlu/lapar tu mmg bui selalu amalkan..

kalau bukan bulan puasa kdg2 bui makan sekali sehari jer..

arituarini said...

perut yg meragam tu kdg2 jadi bila time berpuasa je kot..kih kih kih..

::FAIZ:: said...

mintak dijauhkan dr kita

Unknown said...

mintak simpang la kan..good info ni

simanis said...

suap kecik2, kunyah perlahan lahan, akan kenyang dalam tempah yg lama...

Fathiah Hamim said...

kita kena rajin cari maklumat pasal benda neh kan. jaga kesihatan. huhu

Unknown said...

aku rasa selain itu faktor tersebut , faktor pemakanan yang banyak 'racun' juga sedikit sebanyak mempengaruhi dalam terjadinya penyakit tu.....makanan sekarang banyak sangat bahan2 tiruan...

Anonymous said...

betul ckp chikeril tu selain tiruan bahan pengawet yg mengandungi chemical yg berpotensi tinggi huuu..cth megi dgn MSG tak leh dipisah kan.

Syazwan Che Deraman said...

thaks bro for this info.
sangat menarik dan bermakna.
thanks ;)

wallpaper2free said...

perkongsian yg berguna....

Alif Haris said...

memang byk penyakit yg berpunca dripada makanan yg kita mkn ..
so kene hati2 la ..
mkn hanya bila perlu..

hehe mkn utk hidup bukan hidup utk mkn ngee :D

Unknown said...

Salam idulfitri, maaf zahir dan batin yer... dari Santri Nurul Iman.

caliph shuriken said...

nice sharing bro.. arigatou ^^

Liyana Zahim said...

Makanan yg plg pntg.. Mnuruh WHO food intake influences hampir 95 percent pada risiko kanser2 yg terdapat lam dunia ni~

masyiu said...

makann sekarang bnyak racun..=)
aah..minta simpang even saya telah pon dikhuatri menghidapinya...insya-allah..after raya g jumpa pakar balik..=)
wish me terhindar dari penyakit tersebut...=)

Unknown said...

puasa ni nak rehatkan perut yang setahun kerja keras..ada hikmah puasa ni..kajian sains pun akui kelebihan puasa..masa berbuka tu pada2 la..ikut sunnah

Nightroad said...

nice info der..tq

gnesop.com said...

Nice sharing