Thursday, October 13, 2011

BANTUAN RAKYAT RM500 DIAGIHKAN MULAI JANUARI 2012 | BANTUAN RM500

 

Bantuan rakyat RM500 diagihkan mulai Januari 2012 | Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu.

“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit. – Bernama

Untuk mendapatkan borang permohonan sila layari laman web rasmi LHDN  http://www.hasil.org.my/

5 comments:

sha my heart said...

Semoga tiada penindasan dan rasuah

harrazdani said...

sha : harap-harap mcm tu laaa...risau yang sepatutnya terima tak terima yang sepatutnya tak terima....terima plak...

Bro ahmad said...

rm500 tu huhuu banyak. semoga diagih dengan cara yang betul.

ik bro dah review ALEXA..pergi cek DONE

Bui Junaidi said...

agak2 bui layak tak ni..?hehehe

harrazdani said...

bro A : thanks bro...

bui : confirm tak layak....;)