Friday, October 28, 2011

BEBERAPA SEKTOR UNDI AWAL | CADANGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selepas ini mereka yang bekerja di sektor media, perubatan, penerbangan dan cari gali kemungkinan akan mengundi lebih awal atau secara pos seperti polis dan tentera. Apa yang aku harapkan satu sistem yang benar-benar telus dan adil akan diterapkan. Isu undi pos ni dah banyak kali dibangkitkan oleh pihak-pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dengan ketelusannya dan kemuncak kepada ketidakpuasan hati adalah melalui perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini. Aku harap SPR akan benar-benar mendalami dan memperhalusi cadangan ini agar tiada perkara berbangkit di kemudian hari. di bawah aku petik dari utusan online.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) | SPR bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.
Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Taklimat PRU-13 kepada 24 Pegawai Pengurus dan 105 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi negeri ini di sini, hari ini.
wasslalam,

4 comments:

SoLy SoLicious said...

semoga keadilan dapat dicapai..huhuh

syuxer said...

isu undi pos inilah yang selalu dibangkitkan adakah benar pengiraannya..semoga SPR mencari langkah yang terbaik untuk memuaskan hati kedua2 pihak..kalau tak, SPR sekali lagi diragui kredibilitinya..

arituarini said...

bukan aku tak harap..tapi...aku dah berhenti berharap akan spr ni adil.. kih kih kih

Anak Wak Mail said...

baru nak rasa mengundi..hihi..:)