Friday, October 7, 2011

Entry renungan | Jika hidup ini tanpa alam akhirat adilkah ????


Salam to all my friend, Dah lama tak update hilang mood kejap, tapi takper hari Jumaat hari baik bulan baik ni aku harap semuanya sihat dan bergembira, terutamanya kakitangan awam...mungkin ada hadiah istimewa daripada bajet 2012 petang ni, sama-sama lah kita tengok yer. walaupun aku bukan kaki dan tangan kerajaan aku pun akan tumpang gembira...apa salahnya kan tumpang gembira atas kegembiraan orang lain, mungkin itu bagi aku kegembiraan yang paling ikhlas dan bermakna.

Bagi aku mereka yang benar-benar ikhlas gembira apabila melihat kegembiraan atau kejayaan kita hanya dua insan di dunia ini..ibu dan bapa...selebihnya hanya tuhan yang tahu, maka berhati-hatilah kepada mereka yang datang menghulurkan tangan mengucapkan tahniah berpeluk erat menepuk belakang tanda bergembira akan kejayaan kita..kerana mungkin mereka itu musuh yang paling kejam dan akan memijak lumat diri kita tanpa kita sedari...Aku bukan ingin menanam sikap buruk sangka tetapi itu adalah realiti hidup ini yang perlu kita semat dalam diri kita dan sentiasa berhati -hati. Kerana islam pun melarang kita terjun atau jatuh dalam lubang yang sama buat kedua kalinya...maka beringat dan berhati-hatilah sahabatku sekalian.


Korang pernah dengar tak bila orang bergaduh atau dianiaya mesti diorang cakap camni kan " tunggulah kau kat akhirat nanti" "aku tak maafkan kau dunia akhirat" "aku harap kau terima balasannya nanti". bunyi cam keraskan tapi bagi aku dunia ini jika diciptakan allah tanpa diiringi dengan hari akhirat tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan kita tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedaifan dirinya atau keadaan yang tidak membelanya. Sehingga ada insan yang dijatuhkan maruahnya, ditipu atau diceroboh hartanya dan privacynya, diseksa jasad, bahkan dibunuh tubuhnya secara zalim. tanpa kesalahan, tanpa kejahatan, tanpa dosa yang menghalalkan itu semua. 

Namun disebabkan dia manusia bawahan atau keadaan yang tidak mengizinkan dia mempertahankan dirinya, dia lemah dari semua aspek, dan yang melakukannya mempunyai kawan dan pengalaman yang luas, maka dia terpaksa mengharungi kekejaman ke atas dirinya. tercungap-cungap tanpa pembelaan, jika membela diri pun dikatakan mencari publisiti nak kejar glamour. Lantas dia pergi meninggalkan dunia ini sebagai insan teraniaya tanpa dibela. Jika dunia ini berakhir dengan sebuah kematian di bumi semata-mata, tanpa manusia dibangkitkan semula dan dihitungkan segala amalan dan kerjanya, tentulah kehidupan ini sesuatu yang amat tidak adil, Atau kehidupan ini hanyalah pentas drama kezaliman dan penindasan semata-mata. Namun maha suci tuhan daripada menjadikan hidup ini sia-sia, ada timbang taranya, ada hukumannya. Dan yang pasti kita semua akan melaluinya.

12 comments:

afzalsukasuki said...

adil pada mereka yg hidupnya patuh pada perintah Allah manakala tak adil kepada mereka yang sesat dan berbuat maksiat selama hidup

adwafarahin said...

klu xde akhirat mmg x adil

manusia ramai akan ditindas la klu mcm tu kan

Allah maha adil,kejahatan akn ada la blasan buruknya nnt..setiap kebaikan ada ganjarannya :)

Unknown said...

penuh emosi entry dani kali ni..

sedih bui baca..terasa ke hati..

ingatlah Allah maha adil yer

arituarini said...

tu sebab ada hari pembalasan..kat mahkmah dunia banyk kesilapan bleh brlaku..

aamalinaazman said...

=]
maka jgn pernah buat jahat walau sekali
semga pengadilan di dunia membantu org yg x bersalah kan

Acik said...

lumrah alam ada positif, ada negatif, ada putih, ada hitam, ada cantik, ada buruk, ada syurga, ada neraka ...

Ca Ezah said...

xkn wujud perkataan 'keadilan' kalao xde kebaikan dan keburukan..akhirat ttp akn dtg untuk membawa keadilan..kita ni pon banyak tak adil dengan Allah..amalnya entah banyak ke tak sdgkan da banyak sangat kelonggaran yg Allah aturkan :(

Unknown said...

klu lah x dak akhirat ...habislah dunia ni

simanis said...

Allah itu adil...sekecil zarah dosa pasti akan kita terima balasannya di dunia atau di akhirat...lambat atau cepat je...

saya paling takut dosa sesama manusia...jika tak bertentang mata minta ampun, dosa itu bawa ke mati la jawab nya...takutnya...

Unknown said...

jikalau sesuatu perkara jahat yang berlaku semasa diatas dunia terlepas dari hukuman atau balasan ,maka tunggulah akan pembalasan-Nya di hari akhirat...Allah itu Maha Adil...dan sebagai umat islam kita seharusnya memohon ampun dan memberi kemaafan diantara sesama insan...sedangkan nabi ampunkan umat...

caliph shuriken said...

positif & negatif sentiasa berebut2 nk mengisi ruang yg kosong, huh...

BlogS of Hariyanto said...

semua sebab pasti punya akibat,
dan semua awal pasti punya akhir,
sebab yang baik menghasilkan akibat yang baik pula,
awal yang baik menghasilkan akhir yang baik pula :)
salam