Friday, October 21, 2011

"FIRAS" YANG MEMBAWA MAKSUD YANG SANGAT PINTAR...


Salam semua sahabat, sebelum pergi Jumaat ni aku nak kongsi satu kata-kata hikmah dari seorang yang tesohor dalam bidang sasterawan Arab. Hari ni baru aku tahu selepas membaca satu nukilan dari Dr Zainal Abidin mantan mufti Perlis dalam satu artikelnya.


"Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak patah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

ungkapan Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab


Nukilannya memang terbaik..mengkisahkan tentang perlunya satu penghijrahan untuk mencari yang terbaik, bukan hanya penghijrahan dalam bentuk fizikal tetapi dalam bentuk cara dan gaya berfikir. Nama Firas tu pun amat menarik perhatian aku, Semoga Muhammad Firas Naseem pun akan menjadi insan yang terbaik di zamannya kelak. Harapan seorang ayah.

wassalam.

14 comments:

SoLy SoLicious said...

penghijrahan tuk mencari ilmu :)

RHI said...

penghijrahan, mencari kehidupan yang lebih baik

ctk said...

sesungguhnya ade hikmah disebalik perjalanan kita mencari bekalan.

arituarini said...

mencari asal usul..

shamyheart said...

Suka kata2 tu.

Semoga Firas jadi anak yg soleh dan berguna =)

Lelaki penuh dengan ego?

shamyheart said...

Suka kata2 tu.

Semoga Firas jadi anak yg soleh dan berguna =)

Lelaki penuh dengan ego?

Anak Wak Mail said...

sedapnya nama firas naseem tu..:)

simanis said...

Betulkan?? Saya perlu buat sesuatu demi masa depan yang lebih baik... perlukan pengorbanan dan FIRAS...

Cikgu Jaja™ said...

nak chop nama ni. nk bg nama anak jaja nnt. kehkehh

izamin said...

FIRAS nama my kezen la.. mmg dia pndai.. pndai bercakap.. hehehe.. :)

fiezah91 said...

berhijrah mencari sesuatu yang lebih baik.. :)

ehem, sedap woo nama firas tu :D

caliph shuriken said...

sdap jgak nama firas ni ^^

Abu Bagi said...

macam aku la mengmbara drpd sabh ke semenjung..hehehehe

ch000tz said...

hijrah diri