Sunday, October 2, 2011

jangan lebih hantu dari hantu | orang melayu kaki tahyul.



"lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.- DR M."

Salam to all my friend, hari ni dalam paper Berita Harian  mantan Perdana Menteri kita DR M ada mengeluarkan kenyataan seperti di atas tu. Dan Majlis Fatwa juga akan berjumpa Perdana Menteri mmbincangkan isu ini. Apa yang jelas cerita-cerita hantu tahyul ini adalah racun kepada minda masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Isunya sekarang siapa yang ingin dipersalahkan ???? pembikin filem atau para penonton a.k.a masyarakat melayu khususnya yang memang ketagih dan teruja dengan cerita-cerita sebegini...Bagi aku jika tiada permintaan masakan ada penawaran...."demand create supply" hukum paling mudah untuk kita semua fahami....jadi masyarakat perlu berubah, selagi kita minat cerita sedemikian selagi itu perkara ini akan berterusan...tak kiralah siapa sekalipun bersuara dan badan agama mana pun bertindak keadaan akan tetap sama. Dan sekarang hantu-hantu tersebut di lawak bodohkan untuk mengisi minda orang Melayu....yang ada sesetengahnya sehingga menghina agama suci islam pun tidak mengapa, kerana ia sekadar lakonan...

Di pihak pembikin dan penerbit filem, sampai kiamat pun akan memberi alasan yang positif tentang apa yang mereka lakukan dan para penggemar cerita sedemikian hanya akan bersetuju dan terus menyokong perkara ini, walaupun golongan cerdik pandai dan ilmuan agama telah bersuara tentang baik buruknya perkara ini..Apakah  generasi kita akan dibesarkan dengan lawak seram bodoh dan cerita tahyul karut marut sebegini..??? ..

p/s : jangan jadi lebih hantu dari hantu..... 

17 comments:

syawal said...

setuju... memang makin pening hari2 tgk xde cite lain..hantu2 hantu2..tahyul... adehh..bilalah nk habis2 bikin ini mcm movie, drama etc!!!

afzalsukasuki said...

betul..tapi mnda masyarakat malaysia ni lebih tertarik dengan filem2 bergenre seram dan komedi daripada filem yang membawakan aspek yang lebih serius seperti sejarah

Azzah said...

tak suka cerita hantu..banyak yang tak logik

Anonymous said...

selain cite hantu, cite ala2 gengster pun patut dikurangkan.

SoLy SoLicious said...

smue da naik hantu dah....hee

Unknown said...

aku heran btol la bro..napa producer2 kt mesia ni suka sgt buat critahantu..buat la crita ayam belaga ka..ayam ka...lembu tanduk ka..tp aku suka zombi kg pisang hehe

kotak bulat said...

tol.. tp kb tak suka tgk pun.. buang masa.. kdg2 ad smpai terikut2 lam dunia nyata sb terlalu percaya movie antu mcm tu..

syiela said...

betul tapi syiela tak suka tengok.. even anak2 pun tak kasi tengok...
mcam dah jadi trend sekarang asyi2 cita hantu.. hantu.. hantu!

IMANSHAH said...

hantu boncenglah, hantu pocong lah..haish

Unknown said...

orang kita terlalu taksub dengan hantu dan tahyul...sebab itu filem pasai hantu ni mendapat sambutan...sekarang selain filem hantu , filem pasai gengster pula...adehh..

Anak Wak Mail said...

sikit2 ok lah..tp dah terlalu banyak..rosak minda masyarakat.

Ezad Skytech said...

sekarang ni berlambak2 sangat cerita2 hantu ni...ada je filem baru bergenre macam ni..

Anonymous said...

filem asyik keluar cerita yang sama,bosannn

tnZackJ said...

dah tak ada cerita lain..cinta, hantu, gengstar..semua cerita yang boleh meruntuhkan ahlak, menipiskan iman...

RHI said...

entahlah, memang banyak sangat cerita macam ni..pengarah sekarang berlumba2 nak keluarkan citer macam ni

caliph shuriken said...

selagi bole wt duit, byk laa citer2 cmtu kuar kt tV, huh...

Syazwan Che Deraman said...

saya perasan benda ni.

dah la cerita tu tak logik, and lawak bodoh.