Tuesday, October 25, 2011

JUALAN TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011, RM 50 | NAK KAUT UNTUNG LEBIH PUN AGAK- AGAK LAAA ..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tiket Final Piala Malaysia perlawanan diantara Terengganu dan Negeri Sembilan akan dijual sekejap lagi, jadi berduyun-duyunlah para peminat yang terdiri daripada tukang sapu, driver lori, driver teksi, kerani pejabat, kakitangan kerajaan, swasta, para petani, nelayan yang akan beratur panjang untuk membeli tiket. Dalam poket ada RM 50...cukuplah untuk beli tiket untuk dua orang..satu untuk dirinya Pak Deris yang bekerja sebagai pak guard dan satu untuk anaknya yang dah siap pakai jersi pasukan kegemaran.

Setelah setengah jam beratur dan makin hampir dengan kaunter terlihat satu kenyataan "Harga tiket RM50.00 untuk semua tempat" issskkk...sambil merenung panjang melihat si anak yang semakin teruja untuk melihat pasukan kegemarannya beraksi pada malam 29 OKT ini. Pak Deris menarik tangan anaknya..."jom nak kita balik" tiket ayah dah beli!!!!!, sambil si anak terpinga-pinga berlalu mengikuti ayahnya menaiki honda cup buruk  yang disandarkan pada pagar stadium.

Jadi korang faham-faham laaa kat mana Pak Deris dan anaknya akan saksikan perlawanan tersebut.......Aku akui bola sepak hari ini merupakan satu industri yang boleh mengaut keuntungan yang lumayan, tetapi kadang kala ianya perlu diselaraskan dengan persekitaran dan keadaan semasa para peminatnya. Bola sepak bukan sukan bertaraf mewah di Malaysia, RM 50 amat besar nilainya kepada mereka yang amat memerlukan, dan golongan inilah yang merupakan sebahagian besar minatnya hanya pada bola sepak.

Mungkin akan ada suara yang mengatakan ..alah TV kan ada..dah tak mampu tengok tv jer laaa...tetapi anda kena ingat situasi sekarang adalah seperti menjual ABC di padang pasir....Jadi aku berharap sangat pihak yang bertanggungjawab mengkaji balik harga tiket  untuk perlawanan tersebut..Jika tidak diturunkan pun, peruntukkanlah harga yang lebih murah untuk tempat-tempat tertentu, duduk belakang gol pun takkan RM50 jugak kan. Buatlah sesuatu kerana malam tersebut adalah malam untuk diraikan oleh seluruh peminat dari segenap lapisan masyarakat di dua negeri khususnya dan di Malaysia amnya,

Wassalam.

9 comments:

Unknown said...

akai dorg pk untung ja...

Unknown said...

biasa la bro..sapa x mau untong kan

RHI said...

akak tengok kat rumah je hehehe, sambil makan jemput2

arituarini said...

time ni la fam nak buat duit.. kih kih kih

Aien Not Alien said...

cari duit nak buat bengkel bolamu bolaku jua...hehehe

Unknown said...

ah.....den tengok kat umah ler lah..kalau kat STAR of paroi ada hati gak nak pergi!

ctk said...

klau da semangat sangat..dorg beli je tuh..untung2..huhu

Unknown said...

giler la punya mahal..
kalau siap dengan percuma burger sebijik dan air oren secawan ok la jugak..
ni tak de sebab nak letak tiket mahal2 gitu..
tiket pun guna kertas je pun..aih..bukan guna besi..

Unknown said...

ada sebab tu yg jadi mahal ni....