'Kedai Rakyat 1 Malaysia' | adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.
Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.
Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.
Kami berharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia
1 comment:
mama tunggu kedai rakyat d Melaka
Post a Comment