Friday, October 21, 2011

MUAMMAR GADDAFI TERBUNUH | SIAPA LAGI SELEPAS INI...???


Salam kepada semua sahabat, selamat pagi Jumaat yang mendung bertepatan dengan hari Jumaat iaitu hari yang penuh dengan keberkatan dan penghulu kepada hari-hari yang lain. Semalam kita dikejutkan dengan pembunuhan pemimpin Libya Muammar Ghadafi oleh pemberontak dikalangan rakyat Libya sendiri, siapa dibelakangnya aku pasti semua orang tahu. Mengapa aku katakan pembunuhan dan bukannya kematian kerana dua perkataan tersebut membawa maksud yang jauh berbeza. 

Aku terfikir, situasi sekarang seakan-akan jatuhnya papan susun domino yang disusun rapi oleh pihak yang mempunyai agendanya yang tersirat. Bermula dengan Mesir dan sekarang Libya, mungkin cara jatuhnya kerajaan kedua-dua negara tersebut adalah berlainan  tetapi dari segi corak pentadbiran dan kayaan yang diraih ada banyak persamaannya diantara kedua-dua pemimpin tersebut.  Persamaan  yang paling utama ialah corak diktator yang diamalkan oleh kedua-duanya.

Aku mula terfikirkan negara islam mana lagi selepas ini dan yang bermain difikiran aku adalah  negara Iran...harap Allah  SWT lindungi Presidennya dari segala ancaman yang boleh menggugat kepimpinannya kerana beliau adalah sangat berbeza berbanding yang lain. Moralnya bagi aku selagi kita beragama islam selagi itulah para musuh-musuh islam tidak akan menghentikan perancangannya untuk memusnahkan kita semua, itu memang tercatat dalam al-quran. 

Jadi sebelum terlambat kembalilah kepada ajaran islam yang syumul dan bersatu padulah kerana jika kita berpecah kita tak lebih seperti buih-buih di laut..banyak jumlahnya tetapi sangat rapuh walhal ditiup angin lembut.

 AL-FATIHAH buat Muammar Gaddafi.

2 comments:

SoLy SoLicious said...

pembunuhan dan kematian mmg 2 pkara yg brlainan :)

ctk said...

huhu..menakotkan...cmne lah dengan negara kita nanti..kuasa sudah menjadi keutamaan bg mereka..huhu