Thursday, October 20, 2011

SPA IKAN | BERKEMUNGKINAN BOLEH MENYEBABKAN TERSEBARNYA JANGKITAN AIDS DAN HEPARTITIS C.


Salam to all my friend, pernah dengar spa ikan tak, semalam dalam surat khabar Berita Harian ada mengutarakan hal ini. Isu ini ditimbulkan oleh sebuah agensi di UK yang menyatakan kaedah rawatan ini adalah mempunyai kesan atau implikasi yang tidak baik pada mereka yang membuat rawatan kerana dikhuatiri menjadi faktor merebaknya beberapa penyakit merbahaya. 

Aku sememangnya belum pernah cuba rawatan ini, kerana bagi aku tiada bukti klinikal pun yang menyatakan kaedah ini bagus dan membawa kesan yang positif. Di bawah ni aku ada petik dua pendapat tetang isu yang dibincangkan ini. 

Bagi aku apa jua rawatan faktor kebersihan merupakan satu elemen yang sangat penting, contohnya seperti rawatan spa ikan ni..air yang telah digunakan oleh seseorang pelanggan perlulah ditukar untuk pelanggan yang seterusnya...Mungkin ia diaplikasikan di spa-spa high class dan bayarannya mahal..tapi kalau yang biasa-biasa jer macam mana?.ada tukar juga ker...kalau ada bagus laaa...mungkin ia akan menjadikan risiko jangkitan 'amatlah rendah" kalau ikutkan kata Agensi Perlindungan Negara UK tu laaa...


“Rawatan spa ikan dikhuatiri boleh menyebarkan penyakit berbahaya seperti HIV dan Hepartitis C, selain meminta mereka yang mempunyai diabetes dan psoriasis supaya menjahuinya”

“risiko jangkitan amat rendah, namun ia tidak boleh diabaikan sepenuhnya. Apabila prosedur kebersihan betul diikuti, risiko jangkitan amatlah rendah. Walaubagaimanapun, masih ada risiko jangkitan bagi virus seperti HIV dan hepartitis C”

-          Agensi Perlindungan Kesihatan Negara UK.



“ikan itu (garra ruffa) boleh menyebarkan bacteria kepada mereka yang mendapatkan rawatan spa berkenaan dan seterusnya menyebabkan kemungkinan berlaknya jangkitan penyakit” namun beliau masih belum menerima kes yang berkaitan rawatan tersebut.

-          Pakar Dermotologi Dr Saadiah Sulaiman.



Mungkin perkara ini akan membuatkan mereka yang mengusahakan perkhidmatan ini tak senang duduk...tapi jika ada kesan buruknya nak buat macam mana kan, walau apapun bukti klinikal belum ada..cuma para pengusaha perlulah menjaga kebersihan sebaik mungkin agar tidak wujud kes-kes yang dibincangkan ini kerana ianya akan mendatangkan kesan buruk pada industri perkhidmatan spa ikan ini jika terbukti kerelevenannya dakwaan ini.

9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernah try benda ni..

mgkin pasal ikan tu kot..

dok gigit org ni,pastu gigit org len..

so,merebak..mungkin~

laskar pelangi said...

a'a kan mungkin kot penyebaran wabak aids tu mudah bila kes macam ni.pernah gak merasa rawatan spa ikan ni.best jugak. geli2 sikit..hek3

ArulchelseA said...

aku tk penah lg spa tu.. pada sapa2 kena hati2 lah..

Titisan Hujan said...

ada dgr td lam radio ms pembentangan(pakai earphone).keh3...



spa ikan ni buat kt umah je.ikan byk.hehehe

ch000tz axoera said...

errrkkkk...??????

Fathiah Hamim said...

tak teringin lagi nak buat. geli. hehe

Yatie Awang said...

adoii...macam 2 spa ada sekarang ni, akak tak minatlah dengan spa ni, dah lah mahal, baik spa kat rumah je lah hehehe

Azmi Khan said...

Kat Jusco Taman Equine ade la bende nie....
blum pernah cuba dan setelah baca artikel ini mungkin takkan mencuba pun.....
huhu.....

ctk said...

alamak..gamba tuh buat ct gelilah..xnk la buat.hahaha


*yup MPKB kt kelantan :D