Sunday, November 20, 2011

AKTIVIS FEMINIS MESIR KIRIM GAMBAR BOGELNYA DI BLOG




Dia hanya memakai sepasang stoking, reben merah di rambutnya dan sepasang kasut yang bertumit rata merah. Bahagian tubuhnya yang lain didedahkan untuk tatapan pengunjung blog. Aksi berani-mati aktivis feminis Mesir ini sudah tentunya mendatangkan mnasalah kepada dirinya sendiri.

Aliaa Magda Elmahdy, pelajar universiti berusia 20 tahun dari Kaherah, telah mencetuskan kemarahan di Timur Tengah apabila mengirimkan gambar bogelnya di blognya minggu lepas. Gambar kontroversi itu berjaya menarik hit sebanyak 1.5 juta pengunjung ke blognya dalam masa yang singkat.

Di balik jumlah pengunjung yang luar biasa, blog itu turut menerima kecaman daripada sebilangan pengunjungnya. Ada yang mengecam Aliaa sebagai 'pelacur' dan 'sakit mental' dan ada yang meminta polis menangkapnya. Menjawab kecaman masyarakat,  Aliaa mempertahankan tindakannya dengan menulis: "Sembunyikan semua buku-buku seni dan hancurkan patung-patung arkeologi telanjang.
 
"Kemudian tanggalkan pakaian dan lihat diri kamu di cermin. Bakar badan yang kamu hina untuk menyingkirkan kompleks seksual kamu selama-lamanya, sebelum kamu menghina dan menafikan kebebasan bersuara saya." Berani? Namun pihak liberal takut tindakan Aliaa akan merosakkan imej mereka pada mata orang Mesir yang amat konservatif.  Percubaannya membantah usaha mengehad kebebasan bersuara mungkin telah memakan diri sendiri. 
 
Tindakannya itu mendorong pihak liberal menjauhkan diri daripada jurublog itu untuk menghadapi pilihan raya umum pada 28 November ini.sumber

4 comments:

amranaiman said...

bogel sana sini T_T

CikSyazwaniAziz said...

mcm ni pun ada ka.. aiya,,

JG said...

nauzubillah

Cik tikah said...

dia nak naikkan trafik blog dia kot. tak pun kena ugut suruh buat mcm tuh . tak pun dia bosan. tak pun... =.='