Sunday, November 20, 2011

GAMBAR GLORIA MACAPAGAL ARROYO | DULU DAN KINI....SEKELIP MATA HILANG SEGALANYA



Salam sahabat sekalian, deman bola sepak masih belum berakhir, 21 NOV 2011 bagi aku barulah semuanya akan berakhir untuk menentukan siapa yang paling kuat di Asean bagi pasukan bola sepak bawah 23 tahun. Ok tutup kejap pasal bola, banyak sangat dah update pasal bola..yang aku nak bawakan untuk kita renung bersama ialah nasib yang menimpa seorang VVIP dari negara luar ni. Semasa di puncak kuasa apa yang dihajati akan terlaksana dan dilaksanakan oleh orang bawahan..Tetapi kini nak keluar negara untuk tujuan perubatan pun dihalang..Mungkin ada asas kukuh untuk menghalang beliau keluar dari negaranya.

Bila kuasa dah hilang macam-macam kesalahan dan aktiviti akan dibongkar, dipertontonkan kepada khalayak. dah banyak contoh yang dapat kita lihat jalan ceritanya adalah sedemikian. Bagi aku patutlaa ramai pemimpin kalau boleh ingin berkuasa selagi hayat di kandung badan. Walaupun rakyat memberontak dan menjerit-jerit  agar turun dari puncak kuasa..tetapi telinga yang mendengar tetap dipekakkan, di tambah lagi para pengampu disekeliling yang sentiasa menghulurkan tangan menadah simpati projek yang pasti mengalir ke dalam poket jika si pemimpin yang diampu terus berkuasa. Itu adalah realiti ok...

Jadi aku harap ia akan jadi pedoman untuk kita semua dalam meneruskan hidup ini. Kita hidup ni tak bertongkat langit, esok atau lusa kita akan rebah dan tergolek...pada masa itu kita perlukan insan lain untuk menolong dan menghulurkan simpati. Hidup ini umpama roda..kadang-kadang kita di atas ..dan ada kalanya kita akan di bawah.. jadi beringat-ingatlah..jangan terlalu mendongak bila melangkah risau akan tersadung batu dipertengahan jalan.

wassalam.

7 comments:

Fathiah Hamim said...

saya sebenarnya respect arroyo neh.
kesian dia, tapi betul la.
hidup neh macam roda. :/

tnZackJ said...

roda tu bulat

SoLy SoLicious said...

krus kering ha die

riffzam said...

biasalah lumrah kehidupan. :)

caliph shuriken said...

nmpak lain sgt skrg...

Cikgu Jaja™ said...

hidup xselamanya indah dan mengujakan..

arooyo ni sebenarnya dr satu aspek dia bagus..agak la cekalnya...mcm mn dia nk memimpin dlm negara yg penuh dgn tahi rasuah..hmmm

emm kasihan..

TYNTHA LANA said...

Assalammualaikum abgdani.. smoga abg skuarga sihat..terima kasih singgah blog lana yg dah nk tumbang tu,hehehe

Urm,jujurnya..tak peduli pun gloria ni..cuma kebetulan entry ni sikit sbnyk bt lana terkesan dgn pa yg lana lalui skrg.

Pengalamn lana bekerja, lana perasan la, sbnrny, lgi tinggi jawatan, lagi tak best sbnrnya..erh,bukan la tak best pa.. ia tak best bagi org yg tak sedar2 diri.tak sedar bhawa, lgi tinggi jawatan, lagi tinggi amanah dan tnggungjwb yg perlu dipegang..betul kan?

Tapi pada masa sama, ad yang memg sedar..bertanggungjawab sepenuhnya..tapi, org bawah pula mengambil ruang yang ada untuk memperlekehkan mereka.. macamana eh..

Maaf lah merepek2, kuar tajuk dah ni kot,ahahaha.

~harap boleh berkongsi pandangan.