Friday, November 11, 2011

IKLAN WANGIAN MARC JACOB DIHARAMKAN KERANA BERUNSUR SEKS


Salam sahabat, terbaca dalam kosmo online pasal pengharaman iklan minyak wangi keluaran Marc Jacobs. Sebab utama ialah kerana adanya unsur-unsur seksualiti kanak-kanak. Terfikir juga aku sejak bila mereka sensitif perkara-perkara seperti ini. Mungkin sebab berkaitan dengan kanak-kanak kot..Kalau orang dewasa mungkin lain pula ceritanya. ...


LONDON - Badan pemantau pengiklanan Britain mengharamkan iklan minyak wangi keluaran Marc Jacobs yang dibintangi pelakon Dakota Fanning kerana ia seolah-olah memanipulasi seksual kanak-kanak dan boleh disabitkan dengan kesalahan yang serius.Menurut Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan, empat pembaca telah membuat aduan mengenai iklan minyak wangi Oh, Lola! keluaran Marc Jacobs di dalam majalah yang dilancarkan baru-baru ini.
Iklan tersebut memaparkan bintang berusia 17 tahun itu memakai gaun singkat, duduk dengan sebotol minyak wangi yang bersaiz besar di antara kakinya.Badan pemantau berkenaan berkata Fanning kelihatan seperti remaja bawah umur 16 tahun dalam iklan tersebut. Sementara gaya imej tersebut menarik perhatian pembaca terhadap seksualitinya.
"Oleh sebab itu, kami menganggap penampilannya itu memperlihatkan seksualiti kanak-kanak," katanya.Pembuat minyak wangi, Coty UK pula tidak menerima sebarang aduan.Coty UK menyatakan minyak wangi tersebut disasarkan kepada pembaca berusia 25 tahun ke atas. Walaupun menyifatkan iklan itu sebagai provokatif, namun ia tidak lucah.
Fanning dikenali sebagai pelakon kanak-kanak dalam beberapa filem antaranya I am Sam dan siri televisyen arahan Steven Spielberg, Taken



4 comments:

Anonymous said...

iklan sangat mempengaruhi manusia..


kat tv kita sekarang pun banyak iklan yg mengarut dan kurang sesuai :)

tunz said...

macam2 hal dunia...

studentintec said...

dah semua pun mmg mcm sekrg ni. even kereta F1, ada pompuan seksi kat tepi -.-'

studentintec said...

*mcm tu