Salam sahabat, pernah terbaca dan mengetahui tentang KOSHER?. Seperti yang kita sudah sedia maklum, orang Yahudi sangat tinggi disiplin bersangkutan pemakanan, pernah juga aku terbaca satu artikel tentang mengapa orang-orang Yahudi ini cerdik dan genius ? salah satunya kerana faktor pemakanan mereka yang sangat mementingkan makanan berbentuk bijirin dan kekacang yang sihat. Selepas membaca satu lagi artikel tentang disiplin pemakanan mereka aku terjumpa pula artikel tentang KOSHER. Ia adalah perkataan Hibrew berkaitan peraturan pemakanan yang berperanan menentukan makanan yang sesuai untuk orang-orang Yahudi.
KOSHER bermakna penentuan atau sesuai digunakan seperti daging, buah, sayur, arak, keju dan gelatin. Lawan KOSHER ialah TEREFAH (Hibrew) yang bermakna tidak sesuai digunakan atau haram. Contohnya babi, darah, arnab dan semua haiwan laut berkulit cengkerang. Mana dieorang ambil peraturan ni ?? mereka ambil dari kita bible yang bersumberkan kita suci Taurah.Perkara ini terkandung dalam sepuluh arahan (Ten Commandment) yang diterima oleh Musa di Sinai yang mana peraturan dalam pengajian dalam tradisi Yahudi menerimanya sebagai wahyu. Kemudiannya ratusan tahun ia tertulis dalam Talmud. Peraturan ini didapati banyak terkandung di dalam Bible yang menjadi teks undang-undang.
Dalam artikel tersebut menyatakan kebanyakan umat islam tertipu dan keliru dengan produk yang berlabel KOSHER kerana sering menjadi pilihan masyarakat islam di luar negara, mungkin ada diantara orang islam di luar sana beranggapan semua produk berlabel KOSHER boleh dimakan dan digunakan bersandarkan kepada nas yang membenarkan makanan ahli kitab. Jadi yang aku faham apa yang ingin disampaikan ialah, KOSHER dan HALAL adalah suatu yang jauh berbeza. kerana KOSHER membenarkan penggunaan alkohol dan arak., penggunaan gelatin juga tanpa mengambil kira dari mana sumbernya. Manakala islam telah menetapkan sebaliknya.
Wassalam.
10 comments:
Hello my dear friend ! Happy and gorgeous Wednesday to you. Greetings from Rio de Janeiro/Brasil. Follow me back please.
Baru tahu ni...kena hati hati...nak selamat, masak je semua sendiri...asalkan kenyang dan halal kan...adeii
mcm2 agenda dia org kn...
baru 1st time aku dengar benda ni bro.aku ingat kosher tu bank :P apa2 pun trimas berkongsi ilmu :)
so, kita kena kaji or selidik jugalah mana2 yang menimbulkan keraguan terutamanya words yg diorg guna...
Aida baru tahu..kalau tak baca pasal info harrazdani nie, mesti tak tahu. macam2 yang dia org buat, secara halus pulak tu. Orang Islam perlu lebih berhati2..
br tau ade lak bende nie.....
hati dan perlu teliti karna yahudi mau ngebunuh islam secara perlahan
thank atas infonya cuma islam paling teliti akan perkembangan yahudi yg terus mendesak.
kalau mengikut yg sy tahu...proses nak dapatkan kosher ni lebih susah dari Halal JAKIM kita...mereka betol2 teliti dengan pemakanan dengan motif melahirkan genius2 dalam kalangan bangsa yahudi ni utk produce produk2 yang memamposkan kita...produk2 kosher ni dijaga bermula dari tanah lagi untuk tumbuhan..utk haiwan diteliti penyakit2..dan kalau baca pasal gelatin tu ada rabbi mereka tidak mengiktiraf gelatin sebagai kosher sebab kontroversy pada gelatin tu (kemungkinan dihasilkan dari lemak babi)...so...setiap maklumat yg diterima perlulah kita sama2 selidiki...yg di war war kan baik itu x semestinya baik...dunia akhir zaman...penipuan besar besaran...
Post a Comment