Monday, November 28, 2011

ISTERI BUNUH, CINCANG DAN MASAK TUBUH SUAMI.


Kesal kerana suaminya cuba melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya, seorang wanita Pakistan membunuh suaminya, telah memasak sebahagian tubuh suaminya. Zainab Bibi, mengakui bahawa bukan kali itu saja suaminya, Ahmed Abbas, melakukan perkara tidak senonoh terhadap Sonia, anak perempuannya. “Selain itu, dia juga sama sekali tidak pernah membantu saya, dan selalu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sambil mengucapkan kata-kata kotor,” ujar Zainab, seperti dimuatkan harian Times of India pada Sabtu 26 November 2011.
Zainab tinggal di sebuah rumah bertingkat dua bersama Sonia, anak perempuannya dari perkahwinan sebelumnya. Khamis lalu, ketika sarapan pagi dia mencampurkan ubat tidur ke dalam teh Ahmed. Setengah jam kemudian, Ahmed tertidur kerana kesan ubat. Zainab membunuh suaminya dengan cara mencekiknya dengan tali. “Ketika dia mati, selama setengah jam saya tak berani mendekati mayatnya,” kata Zainab.
Dengan bantuan anak saudara yang juga ditahan bersamanya, Zaheer Ahmed, Zainab mencincang tubuh Ahmed. Lalu memasak bahagian tangan dan kaki suaminya itu. Kejadian ini terungkai semasa Behzad, pemilik rumah yang tinggal di tingkat bawah, datang ke rumah Zainab untuk mengetahui bau busuk yang kuat dari rumahnya. Setelah menyiasat dan mengetahui kejadian sebenarnya, Behzad melaporkan kejadian yang berlaku di rumah Zainab kepada pihak polis.
Namun, Zainab mengaku tidak menyesali perbuatannya kerana ia yakin inilah yang terbaik yang boleh dilakukannya untuk membela anak perempuannya. “Saya membunuh suami saya sebelum ia kembali mengganggu anak perempuan saya lagi,” katanya, seperti dilaporkan dari CNN. sumber

2 comments:

Anak Wak Mail said...

eh??semalam ada baca dia bunuh suami dia sebab nak kawen lain..rupanya,,ada cerita lain disebaliknya..

Unknown said...

marah sungguh tu