Wednesday, November 16, 2011

KUARTET 4X400 DILAYAN MACAM PELARIAN | APESAL LAA KORANG MENANG...TIKET DAH BOOK LAAA WEEII!!!


Salam sahabat, pagi-pagi lagi aku dah rasa panas hati dengan satu persatuan sukan ni, kalau benarlah apa yang berlaku bagi aku ianya satu pengkhianatan besar kepada para atlet yang memerah kudrat untuk mengharumkan nama negara. banyangkanlah kalau kita mati-mati buat kerja tetapi orang atas pandang sebelah mata dan tak harap apa-apapun dari usaha kita tu..

Lebih kuranglah apa yang berlaku pada kuartet 4x400 negara, sampai nak ambil pingat pun tak sempat kerana tiket pulang dah booking awal...hmmm. maknanya tiada sebarang pingat disasarkan kepada mereka ini, waima pingat gangsa sekalipun..adehh..Kalau macam ni laaa persepsi dan tahap kepercayaan persatuan sukan kepada para atlet..maknanya segala wang peruntukan selama ini hanya menghabiskan borehhh jerrr laaa..baik tumpu pada satu dua sukan je yang memang tentu sumbangkan pingat.

aku petik dari kosmo



Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka. Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian. Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet? "Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya. Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.



8 comments:

ArulchelseA said...

tu la pasal bro..klau tk agak menang pun..jgn la booking tiket awal sgt..mana nak letak muka zulkifli embong tu..kih kih kih

Ain Atika Zailani said...

perrgghhh...gila kejam...tak ada perasaan langsong !!!

khairul said...

KOAM memalukan

Bui Junaidi said...

kesian dia org..apa salahnya extend jer tiket tu kan..

HEROICzero said...

peh ! tak yakin , buat apa hantar woiii !! haa , siap menAng lagi . tahniah skuad negara !

Yatie Awang said...

kita kena selalu yakin kan?

Titisan Hujan said...

owh..sentap

Khairil said...

persatuan sendiri under estimate budak2 depa...bengong tul...