Friday, November 11, 2011

SUBHANALLAH !!! AL-QURAN MERUNGKAI CARA MENGESAN PENIPUAN


Salam sahabat semua, hari ni 11.11.11 cantik ker...orang islam ada pentingkan benda-benda macam ni. Setahu aku laaa yang suka nombor-nombor ni kaum cina jer, ada "ong' katanya. jadi kita orang islam tak payah la melebih-lebih sangat dalam hal-hal macam ni. Mungkin nak senang ingat ok laaa kot..macam-macam. Apapun tahniah diucapkan kepada seorang sahabat aku kerana melangsungkan majlis akad nikah malam ni, katanya bukan apa...senang ingat tarikh tu...

Bukan isu tu yang aku nak tulis sebenarnya, tetapi apa yang aku nak sampaikan di sini adalah tentang bagaimana al-quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW telah menceritakan tentang 'liar detector' a.k.a pengesan pembohongan. Jadi aku terfikir mengapa teknologi ini dicipta oleh mereka-mereka yang terdiri daripada bukan islam..adakah mereka mengkaji al-quran.. dan kita umat islam hanya membacanya sahaja...Kalau soal peraturan dan undang-undang kehidupan pun ada segelintir kita yang tak yakin dengan peraturan yang terkandung dalam al-quran jadi tak usahlah aku bercakap pasal 'liar detector' kan..hmmm

Sila baca petikan di bawah ni, aku petik dari fb. 

wassalam.


Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat kami katakan selepas mengetahui hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum kami paparkan apakah ayat tersebut, ingin kami kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran Sekarang adalah masanya untuk kami kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman..

4 comments:

Cikgu Jaja™ said...

subhanallah..jaja mmg kagum dgn pengkaji alquran..kerana perkara2 begini dpt di tonjolkan. mabruk! :)

ch000tz said...

subhanallah ..banyak lagi benda yang tersirat yang tidak kita ketahui

Ujie Othman said...

terasa kecilnya diri..skdr membaca al-quran tapi tak mengkajinya.

perkongsian yg baik!

✿INA AINAA✿ said...

MasyaAllah!!! Al-Quran ni, kuasa nyew memang hebat... Kalam Allah dikatekan..so, marilah kita menyelidik kelbihan kehebatan al Quran..jgn selidik shaje, bacanyew....^.^