Friday, November 11, 2011

KEJAM !!! LEPAS POTONG KEPALA ISTERI, BAWA KEPALA BERSIAR-SIAR


Salam sahabat, tekanan dalam hidup ni ada macam-macam antara kronik dan tak kronik jer, tapi tekanan juga boleh buat seseorang itu hilang pertimbangan dalam menghadapi tekanan tersebut. Jadi tak hairanlah ada yang sanggup buat perkara yang sangat bodoh dan menghancurkan masa depan seseorang. Kita orang islam ada cara untuk kita cari ketenangan. Tapi ada yang cari ketenangan melalui aktiviti yang tidak sihat, ia subjektif sebenarnya, baik pada seseorang tapi buruk pada orang lain. 

Orang yang gagal untuk menguruskan hal ini akan jadi macamni lah....minta dijauhkan dari kita perkara sebegini, mungkin sudah sampai ke tahap maksimum tetapi setinggi mana pun tekanan dan masalah, kita masih ada panduan untuk kita rujuk.

wassalam.

petikan kisah ...


Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap. Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda. “Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya,” kata Ranjit.- 

8 comments:

Unknown said...

apa nak jadi dgn manusia zaman skang....itulah pentingnya keimanan dan akal seorang manusia

Cikgu Jaja™ said...

astaghfirullahalazimmm...

raziellia said...

macam ni punya manusia pon ada. kesian si bini. nasibbbb

raziellia said...

macam ni punya manusia pon ada. kesian si bini. nasibbbb

Anonymous said...

di mana letaknya akal fikiran yang waras
dimana akal yang istimewa dibandingkan dengan haiwan yang tiada akal

......

simanis said...

Ini sangat ngeri ok...
Sangat takut!

arituarini said...

masalah jiwa tahap tertinggi ni..kih kih kih..

Unknown said...

jiwa kacau...na'uzubillah....