Monday, December 12, 2011

BLACKBERRY DIKECAM KERANA BOLEH AKSES LAMAN PORNOGRAFI


Syarikat terkemuka BlackBerry Smartphone berhadapan kontroversi selepas dikesan mempunyai teknologi yang membolehkan pengguna mengakses dan memuat turut rakaman seks yang menyalahi undang-undang di internet termasuk pornografi yang melibatkan kanak-kanak. Sejak musim panas, BlackBerry gagal untuk menyediakan blok internet yang melindungi pengguna, termasuk kanak-kanak, daripada mengakses senarai laman web yang diharamkan.

Berita ini memberi amaran kepada ibu bapa memandangkan sebahagian besar pengguna daripada lapan juta pengguna BlackBerry di United Kingdom adalah remaja. Malam tadi, Pengurus telekom, Ofcom berkata ia adalah sesuatu isu yang amat membimbangkan dan perlu di beri perhatian dan komunikasi terus kepada pihak Research In Motion (RIM) Kanada, pemilik BlackBerry, telah dilakukan dengan pantas untuk mencari penyelesaian masalah ini dengan kadar segera kerana semua pengendali telefon mudah alih di Britain mendaftar kod amalan yang membolehkan mereka memohon blok akses ke laman-laman seks di internet.

Seorang jurucakap bagi Random In Motion(RIM) berkata: "Kita akan mempunyai penyelesaian yang akan menyekat akses kepada laman-laman yang terlarang ini selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2001." Seorang jurucakap untuk Eksploitasi Kanak-kanak dan Pusat Perlindungan Atas Talian (Online) berkata' "Semua pembekal perkhidmatan mempunyai tanggungjawab untuk membantu melindungi persekitaran dalam talian dan menutup apa-apa peluang melakukan kesalahan undang-undang internet seperti mengakses laman web lucah.""Jika mereka tidak berbuat demikian, ini akan menjadi satu perkara yang membimbangkan," tambahnya lagi.

sumber : freemalays

2 comments:

laskar pelangi said...

dasyat tuh!

c'axoera said...

not only bb tapi some of ISP pon tak block porn!