Sunday, December 11, 2011

BLACKBERRY MESSENGER (BBM) AKAN DIHENTIKAN ? | TAK BOLEH NAK CHAT DAH.....



JAKARTA: Badan Peraturan Telekomunikasi Indonesia (BRTI) berkata, perkhidmatan mesej Blackberry (BBM) di setiap telefon BlackBerry, mungkin akan dihentikan, selepas pengeluar telefon bimbit pintar, Research in Motion (RIM) membuat keputusan untuk membina pelayan rangkaian di Singapura.

“Oleh kerana RIM tidak mahu berkerjasama, kemungkinan besar kami akan menghentikan perkhidmatan BIS (Khidmat Internet BlackBerry) dan BBM. Maka, BlackBerry akan jadi seperti telefon bimbit biasa yang lain,” kata anggota BRTI, Heru Sutadi, semalam.  September lalu, RIM membuat perjanjian dengan kerajaan untuk bertanggungjawab memenuhi empat perjanjian sebelum 31 Disember. Satu daripada perjanjian itu adalah untuk membina pelayan rangkaian atau pusat data. 

Walaupun perjanjian itu tidak memaklumkan di mana pelayan rangkaian itu akan dibina, pihak kerajaan berpendapat RIM sepatutnya menjadikan Indonesia sebagai lokasi utama mereka.

2 comments:

Khairil said...

dok chat dgn indon ke bro?..hehe

SoLy SoLicious said...

ok..xpkai BB pun..heee