Salam sahabat, selamat pagi yang dingin kerana hujan sejak tiga hari lalu sehinggalah sekarang masih turun di Kuching, Sarawak. Sehingga kini kalau tak silap angka yang dipindahkan sudah melebihi lapan ribu orang di beberapa tempat di negeri Sarawak ini.
Apapun itulah dia fenomena alam yang terpaksa kita lalui dan kita perlu percaya bahawa setiap apa yang berlaku sudah semestinya ada hikmah dan maksud di sebaliknya.
Pagi ini bukan nak cerita pasal banjir kerana info banjir sahabat boleh dapatkan daripada lama-laman web rasmi kerajaan tetapi pagi ini nak kongsi satu ayat yang aku terima dari seorang sahabat yang boleh dikatakan golden words daripada Adolf Hitler.
"think thousand time before take a decision, but never turn back even if you get thousand difficulties after such decision"
Moralnya, sebelum kita membuat sesuatu keputusan, wajib kita berfikir sedalam-dalamnya impak positif dan negatif daripada keputusan yang ingin dibuat, kerana kebertanggungjawaban di atas setiap keputusan itu perlu kita pikul walau apapun natijahnya.
Wassalam.
3 comments:
akak setuju..sesuatu yang kita cakap dan lakukan mamang tanggungjawab kita
semoga mangsa banjir selamat semuanya
Perbaiki akhlak dan peribadi
hujan lagi ea dekat sarawak.. selangor dah 3 hari panas semula dah.
setuju sangat dengan ayat tu..bukannya lepas buat keputusan baru nak pikir sudah terlambat. :)
saya pon setuju ngn kata2 dia.dah buat keputusan jgn nak sibuk2 harap dpt patah balik
Post a Comment