Wednesday, December 21, 2011

IBU RAYU ARIFF ALFIAN PULANG KE PANGKUAN KELUARGA | BALIK BAYAR HUTANG LAA BROOO :(


Kamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin dengan pasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia. Ariff Alfian Rosli berangkat ke Ireland pada tahun 2003 untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University College Dublin di bawah program penajaan Petronas. Dia dilaporkan hilang selepas menghentikan semua hubungan dengan keluarganya di Malaysia tiga tahun lalu dan dikatakan telah gagal untuk menamatkan pengajiannya.

Pengerusi Persatuan Biro Pengaduan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menulis surat kepada anaknya, meminta beliau bukan sahaja untuk kembali tetapi juga menyelesaikan pinjaman pendidikan sebanyak RM890, 000. "Saya akan menyampaikan surat itu kepada lelaki itu apabila saya pergi ke Britain pada 23 Disember ini kerana keluarganya sangat rindukan anak mereka. Keluarga Ariff masih lagi terkejut dengan berita perkahwinan anak mereka dengan pasangan gay dan masih tidak dapat menerimanya," katanya kepada akhbar The Star semalam.

Datuk Muhd Khairun menyatakan bahawa beliau akan meminta Ariff untuk bertanggungjawab di atas hutang pinjaman pendidikannya dan membebaskan keluarga mereka daripada memikul hutang. "Adalah tidak adil bagi keluarganya untuk membayar balik pinjaman itu sedangkan Ariff masih wujud," katanya, sambil menambah bahawa keluarga Ariff datang ke biro itu Jumaat lepas.

Pihak keluarga Ariff telah cuba untuk mencari lelaki itu lapan kali dalam dua tahun tetapi gagal menemui jejak Ariff. Rosli Haron, iaitu bapa Ariff pernah membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara. Menurut laporan, Ariff dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangan gay dengan berpakaian baju melayu tradisional, sampin dan bertanjak.

P/S : pesanan bual alfian..balik langsaikan hutang laaa bro, jangan lepas tangan macam ni menyusahkan keluarga tak baik woooo....

5 comments:

Cikgu Jaja™ said...

kesian..semoga Allah membuka pintu hatinya.sama2 doa

ibnu marzuki al firdaus said...

lu bayarkan hutang rm1 juta dia lah, bro...

Anonymous said...

Bodoh sungguh ! .. nie mesti terpaksa kawin sebab nak dapat duit.. atau suka sendiri! wek :P

RHI said...

yang ini betul2 menyusahkan orang tua kan>

akak datang dari blog baru

Pamie said...

tau menyusahkan orang tua je ni..