Wednesday, December 21, 2011

SAMBUTAN HARI JADI DR MAHATHIR YANG KE-86 ADA YANG PERLU KITA TAHU......


Salam sahabat, tahun 2012 rupa mata wang kita dah berubah, tapi aku harap nilainya janganlah berubah. Berubah makin tinggi takpe jangan makin jatuh, pening kepala wooo...tutup cerita pasal mata wang tu, apa yang penting ciri-ciri keselamatannya perlu dipertingkatkan  agar kes-kes yang melibatkan wang palsu dapat dikurangkan.

Apa yang aku nak cerita malam ni tentang sambutan hari jadi Dr Mahathir yang ke86,  memang lain daripada kebiasaannya, mengapa aku cakap macam tu sebab semasa majlis pemotongan kek, aku dengar selawat syifa' dialunkan. Sahabat tahu tentang selawat syifa'? ..ayatnya seperti di bawah 


Selawat ini mempunyai banyak fadhilatnya dan seringkali dikaitkan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit, Apa yang penting kita perlu benar-benar yakin tentang amalan yang kita lakukan dan serahkan kuasa selebihnya kepada Allah SWT, kita berusaha dan tawakkal kuasa menyembuh dan kesihatan hanya dariNYA itu yang paling penting. Sahabat boleh google fadhilat dan cara pembacaannya sebab aku nak hurai pun bukan ahli dalam bidang ni boleh tanya ustaz-ustaz yang lebih arif.

 

Jadi apa kata selepas ni kita tukar yang kebiasaan dengan menyayikan lagu happy birthday kepada selawat syifa'. Semoga pertambahan usia diiringi dengan keberkatan dan kerahmatan dariNYA. Mungkin perkara tersebut di luar kawalan Dr Mahathir tetapi jika ianya dilakukan dalam majlis besar sebegitu insyaallah Perkara baik sebegini memang sepatutnya ditunjukkan agar ia  ditauladani oleh rakyat. 
Mungkin ada yang kata potong kek itu ikut budaya agama lain, tetapi apa yang aku nampak ialah satu perubahan dan idea positif yang memang nampak kecil tetapi insyaallah impaknya akan menampakkan hasil yang lebih besar pada perkara-perkara lain dikemudian hari.
Wassalam.

No comments: