Saturday, December 10, 2011

LIVE STREAMING FENOMENA GERHANA BULAN 10 DIS 2011 | SIARAN LANGSUNG GERHANA BULAN 10 DIS 2011






LIVE STREAMING FENOMENA GERHANA BULAN 10 DIS 2011, Salam sahabat, sebelum itu, aku nak ajak kita semua bertakbir dan beristighfar kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk kita melihat satu lagi tanda kebesaran dan keagungan tuhan pada hari ini. Semoga apa yang berlaku ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepaa Allah SWT.

Hari ini seperti yang kita semua sudah sedia maklum fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Berdasarkan simulasi yang kita boleh saksikan dalam video diatas  Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang.

Apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

Untuk makluman sahabat di Masjid Negara Kuala Lumpur akan diadakan sembahyang sunat gerhana pada hari ini, untuk keterangan lanjut boleh dapatkan info berkaitan di sini 

Disamping itu juga di Planetatium Negara akan mengadakan sesi khas berkaitan fenomena tersebut mulai 7 mlm hingga 1 pagi. Masuk adalah percuma. Namun kepada sahabat yang tidak berkesempatan boleh ke  LIVE STREAMING FENOMENA GERHANA BULAN 10 DIS 2011,  SIARAN LANGSUNG GERHANA BULAN 10 DIS 2011 yang disediakan di bawah.

LIVE STREAMING FENOMENA GERHANA BULAN 10 DIS 2011 (Bermula jam 7.30 mlm - 01.00 pagi)




No comments: